WEBHOSTING MANA NAK PILIH?

Salah satu syarat utama menghasilkan sesebuah laman web, portal atau blog ialah mesti mempunyai tapak atau dikenali sebagai webhosting. Sekiranya anda hanya menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan seumpamanya.. semua ini tidak memerlukan untuk kita menyediakan sebuah tapak khas kerana ianya telah tersedia oleh pihak mereka sama ada secara percuma atau berbayar. Anda hanya boleh menggunakan sahaja apa yang terhidang oleh pemilik webhosting/server.

Terdapat juga webhosting yang ditawarkan secara percuma, akan tetapi harus diingat bahawa tapak-tapak seperti ini sangat terhad seperti tidak boleh menukar nama domain sendiri, tidak disediakan panel kawalan hosting (cpanel), tidak dibekalkan emel sendiri dan bermacam lagi. Melainkan jika anda upgrade kepada status premium/berbayar/langganan. Kesimpulannya selagi mana anda menggunakannya secara percuma, ianya sangat terhad dan tidak profesional.

Untuk mudah memahaminya, laman web diibaratkan sebuah rumah (dibina), domain ialah alamat rumah (mudah dikunjungi) dan webhosting adalah tapak rumah. Mana mungkin sebuah rumah boleh didirikan tanpa adanya tapak, kan? 🙂

Untuk mendapatkan tapak, anda perlu menyewanya dari penyedia perkhidmatan webhosting. Pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan webhosting menawarkan pelbagai jenis pakej. Ada pakej untuk sebuah syarikat besar atau pakej khusus kepada individu (macam saya) yang mana ianya bergantung kepada tujuan laman web dihasilkan. Sekiranya anda hanya ingin menghasilkan laman web atau blog secara peribadi, tidak perlulah menyewa webhosting yang menyediakan kapasiti dan fungsi yang besar dan pelbagai. Akan tetapi, jika anda ingin menghasilkan laman web/blog untuk tujuan bisnes, anda memerlukan webhosting yang lebih besar dari web peribadi. Apa pun, anda boleh memilih mana-mana webhosting yang telah terjamin kreadibiliti dan trusted, dan pastikan merujuk dahulu kepada pihak penyedia perkhidmatan webhosting tersebut untuk kepastian pakej mana yang sesuai dengan anda.

Bagi saya, antara ciri pemilihan penyedia perkhidmatan webhosting baik ialah ia dapat memberikan khidmat pelanggan 24/7. Maksudnya mereka bersedia menjawab segala pertanyaan atau menyelesaikan masalah dengan pantas bila diperlukan oleh penyewa tapak. Antara kaedah terbaik selain menghubungi mereka melalui telefon atau emel ialah secara live chat. Sesebuah laman web semestinya beroperasi selama 24 jam, apatah lagi jika menyediakan laman web perniagaan. Kadangkala masalah timbul jam 2 atau 5 pagi, bayangkan jika laman web gagal dibuka dan apabila menghubungi pihak penyedia perkhidmatan webhosting tersebut menemui kegagalan atau tindakan yang diambil oleh mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut mengambil masa terlalu lama.

Yang mana syarikat penyedia webhosting bagus? Sebagai jaminan, anda boleh mencuba perkhidmatan iWHOST. Khidmat pelanggan mereka yang sangat pantas, cara pembayaran secara online dan mudah, malah mereka menyediakan pelbagai pakej webhosting dan domain mengikut kesesuaian/keperluan pengguna atau pelanggan. Syarikat mereka beroperasi di Malaysia, mudah untuk berurusan. Dan secara jujurnya, saya dah melanggan pakej webhosting dan domain dari mereka saban tahun tanpa ada masalah dengan harga berpatutan, malahan saya amat berpuashati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. Jika ada masalah pun, mereka akan selesaikan segera tanpa perlu risau apa-apa.

Boleh klik pautan di bawah untuk meninjau dulu sebelum melanggan
Malaysia Webhosting Provider