TIPS PENJAGAAN BATERI LAPTOP

CHARGE BATERI ATAU LAPTOP BARU TERLEBIH DAHULU

Penjagaan bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, sama ada ketika membeli laptop baru ataupun ketika membeli bateri baru sebagai menggantikan bateri yang sudah rosak. Biasanya kalau anda pergi ke kedai mesti orang kedai akan cakap “Laptop ni atau bateri laptop ni kena kasi charge dulu 8 jam ya, jangan guna dulu..” perkataan macam inilah yang selalu keluar dari mulut mereka. Ramai di antara kita mengabaikannya sebab tidak sabar nak guna benda baru. Sama seperti handphone, bateri laptop juga perlu di cas sekurangnya 8 jam untuk pertama kali sebelum digunakan. Ada orang cakap ini semua mitos je. Tapi setidaknya caj dulu sekurangnya di tahap fully charge walaupun tidak sampai 8 jam.

OVERCHARGING

Elakkan terlebih cas (overcharging), ini kerana ia boleh menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger apabila indicator sudah menunjukkan bateri sudah 90%-100% penuh (fully charged).

JANGAN CABUT BATERI SESUKA HATI

Jangan cabut bateri ketika bateri sedang cas atau sedang menggunakan kuasa bateri. Kalau mahu cabut bateri pastikan laptop dalam keadaan shutdown (bukan sleep atau hibernate) atau cabut charger.

JANGAN GUNA DI ATAS PERMUKAAN FABRIK

Jangan menggunakan laptop di atas permukaan fabrik seperti tilam, bantal, selimut dan sebagainya adalah tidak baik untuk bateri dan laptop anda. Ini kerana kepanasan yang melampau boleh menyebabkan bateri anda untuk lebih cepat rosak dan laptop anda.

JANGAN BIARKAN LEVEL BATERI ANDA 0% ATAU 100% JIKA DITINGGALKAN LAMA

Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 1 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh (100%), bateri akan kembang dan tidak dapat menyimpan banyak kuasa. Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung (0%), di khuatiri bateri tidak boleh dicas semula nanti.

JANGAN TERLALU KERAP CHARGE BATERI

Elakkan dari selalu mengecas bateri. Setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300-500 kitaran (cycle) cas. Bila anda menggunakan kuasa bateri penuh (100%) sehingga habis (10%) dan kemudian cas sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh atau fully charged 100% di kira 1 kitaran (cycle) cas. Itulah sebabnya jangka hayat bateri tidak sama, jangan bandingkan dengan orang lain, laptop sama tapi lepas dua tahun bateri laptop kita dah bermasalah tapi bateri laptop rakan kita masih ok.

Anda dinasihatkan jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya 0%. Tinggalkan sekurang-kurangnya 10% dari kuasa yang ada. Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri sehingga habis (10%) dan cas sampai penuh (fully charged 100%). Ini dikira 1 kitaran (cycle) dari anda menggunakan bateri 50% dan cas balik, ini juga dikira 1 kitaran (cycle), merugikan.

ELAK DARI PERSEKITARAN YANG PANAS

Bercakap tentang suhu, pastikan anda tidak meninggalkan laptop atau bateri anda di dalam kereta yang panas sepanjang hari. Atau meletakkannya di atas permukaan yang panas seperti desktop.