CARA PAPARKAN RAMAI USER DALAM GOOGLE MEET

Sekarang, aplikasi Google Meet merupakan satu platform pilihan utama buat cikgu-cikgu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (PDPR), malah melalui Google Meet pihak JPN, PPD dan pihak sekolah juga menggunakannya untuk tujuan mesyuarat, kursus, taklimat, bengkel dan sebagainya.

Namun demikian, perkara yang menjadi kerumitan kepada pengguna Google Meet ialah ianya hanya memaparkan sejumlah maksima 49 orang/users sahaja di paparan skrin, itu pun jika diubah settings di layout kepada pilihan Tiled.

Sebenarnya ada banyak cara untuk membolehkan kita memaparkan jumlah views di skrin dalam satu masa melebihi 49 orang/users. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan extension Google Meet yang boleh diperolehi dalam Chrome Web Store. Antara extension yang boleh digunapakai ialah

GRID VIEW FOR GOOGLE MEET (WORKS 2021)

Sebenarnya, ada banyak jenis extension grid view ni. Tinggal lagi adakah ianya bagus, berfungsi dengan baik dan bagaimana ciri yang ditawarkan. Namun, untuk perkongsian saya kali ni, anda boleh dapatkan extension ini di pautan berikut (jangan salah pilih extension la ya),

https://chrome.google.com/webstore/detail/grid-view-for-google-meet/aihmkbhfjjbgnckhnccajglkgafclgin

Caranya mudah je. Install dulu extension ni (klik pautan yang diberikan tu). Kemudian buka web Google Meet, klik ikon extension (ikon macam bentuk puzzle)

Aktifkan extension Grid View ni, hanya tick pada butang Enable Grid View

Di Google Meet, ada settings yang anda perlu buat. Anda klik butang 3 dots di bar bawah Google Meet, kemudian anda pilih Change Layout dan seterusnya pilih Tiled. Setkan jumlah Tiles semaksimum yang diberikan iaitu boleh paparkan semaksima 49 users. Tarik slider ke kanan sampai ke hujung. Tapi jangan risau, bila dah aktifkan extension ni, paparan dah boleh melebihi 100 users, bukan lagi 49 je.

Okay, macam tu jelah… dah selesai pun. Cubalah buat sesi kelas. Ada masalah, jangan tanya saya.. boleh tanya creator extension ni ya, haha. 😀 Lagi pun dia dah maklumkan akan upgrade kelemahan dari masa ke semasa berdasarkan maklumbalas pengguna. Oh ya, extension ni percuma je, untuk akan datang tak pastilah. Apapun, kredit buat creator. Jadi, apa lagi.. selamat mencuba.