BAGAIMANA TUKAR VIDEO YOUTUBE KEPADA MP3?

Sebut sahaja menghasilkan video terutamanya untuk upload ke platform laman sosial Youtube, pasti ada muzik menjadi latarnya sebagai penarik dan penyeri video tersebut. Jika video yang dihasilkan disebatikan dengan pilihan muzik latar yang sesuai, kesan penyampaian sesuatu video tersebut akan lebih berjaya.

Hakikatnya, ada pelbagai kandungan video dihasilkan oleh Youtubers seluruh dunia. Ada yang menyampaikan berita semasa, bercakap pasal dunia sukan, berkongsi ilmu dan kemahiran, hasilkan video berunsur hiburan semata-mata, menunjukkan bakat, membuat perkara-perkara bodoh tak tak masuk akal, mencuba nasib, mungkin ada yang berkongsi pengalaman yang menyeramkan dan bermacam-macam lagi.

Walau apapun perkongsiannya, perlu diingat bahawa Youtube adalah satu perniagaan. Walaupun membuka akaun/channel dan menghasilkan video di Youtube diberi secara percuma, mereka meraih keuntungan dari iklan yang muncul setiap kali kita menonton sesuatu video. Ada yang berkongsi video hanya mengharapkan bayaran daripada pihak Youtube (monetize), walaupun hakikatnya niat dan tujuan sebegitu adalah satu kesilapan yang besar. Tak mudah untuk meraih keuntungan dari menjadi Youtuber. Melainkan jika anda sudah mempunyai nama besar seperti artis tersohor atau dianugerahkan bakat semulajadi yang hebat seperti petah berbicara, membuat sesuatu yang tak semua orang boleh buat seperti melukis, bertukang, menyanyi dan sebagainya. Akan tetapi bakat itu bukan biasa-biasa, bakat itu haruslah yang sangat hebat dan tak semua orang mampu buat. Tambahan pula adanya kesungguhan dan tak mengenal putus asa.

Ramai yang baharu berjinak sebagai Youtuber tak sedar bahawa pihak Youtube sangat menjaga ketulenan hakcipta. Jangan sesekali anda menciplak atau berkongsi hasil karya video atau muzik pihak lain tanpa keizinan mereka. Pihak Youtube boleh mengesan tindakan salah anda itu dan akhirnya video anda dipadam, diberi amaran keras, malah sekiranya perkara sedemikian berlaku berulangkali, akaun/channel anda akan dipadam oleh mereka. Malah anda juga tak boleh sesekali menipu untuk mendapatkan like dan subscribers.

Salah satu perkara yang selalu menjadi pertanyaan Youtubers baharu ialah bagaimana nak dapatkan muzik atau lagu latar yang sah dan tidak melanggar hakcipta? Bagaimana nak ambil muzik di Youtube  yang tiada hakcipta dan bebas dimasukkan ke dalam video tanpa masalah pelanggaran hakcipta?

Untuk meringkaskan, anda boleh mendapatkan banyak muzik dan lagu latar di Youtube hanya dengan mencari perkataan ini sahaja

NO COPYRIGHT MUSIC atau NO COPYRIGHT SONG

Setelah anda memilih muzik yang dikehendaki, anda hanya copy sahaja link video tersebut dan paste link di platform yang saya senaraikan di bawah. Tujuannya untuk menukar (convert) video tersebut kepada format MP3. Dan jika muzik yang dipilih tu dalam kategori No Copyright bermaksud anda boleh menggunakan muzik tersebut untuk dimasukkan ke dalam video anda tanpa melanggar apa-apa hakcipta. Pihak Youtube dan mana-mana pihak tidak akan mengganggu anda lagi berkaitan masalah pelanggaran hakcipta. Perlu juga anda ketahui bahawa terdapat juga muzik yang diberikan hak penggunaan secara percuma dengan syarat anda mesti meletakkan kredit kepada pemilik di deskripsi video anda.

Berikut pautan yang boleh digunapakai untuk menukarkan video pilihan kepada format mp3 (secara percuma)…

https://youtubetomp3music.com/
https://mp3skull.org/

Selamat mencuba! 🙂