SERIUS, JANGAN BELI MICROSOFT SURFACE

Ok, kali ni saya nak berkongsi pasal Microsoft Surface atau yang sewaktu dengan mana² produk Microsoft. Saya pernah kongsikan sebelum ini, tapi sekali lagi rasa terpanggil untuk berkongsi semula pengalaman menggunakan Microsoft Surface.

Sekarang menjadi ‘kegilaan’ terutama kepada cikgu² wanita yang saya kira duit ‘melimpah’ (yalah semua suami tanggung jadi duit gaji duk simpan je, nanti banyak pulak kena bayar zakatnya), jadi dengan mudahnya terpedaya membeli apa sahaja yang ditawarkan. Ada beberapa jenis keluaran dari Microsoft ni.. antaranya Surface Go, Surface Studio, Surface Book, Surface Pro X dan Surface Pro.

Yang dah beli, selamatlah. Bersedia hadapi kemungkinan jelah. Bagi yang belum beli dan berhajat nak membeli produk Microsoft ni, fikirlah 2 kali atau 10 kali. Nasihat saya baik janganlah beli.

Bukannya tak bagus, memang kalau dengar video atau review dari rakan² guru apatah lagi yang memang dialah juga seller.. tentunya Microsoft Surface sangat banyak manfaat dan memudahkan untuk pengajaran terutamanya secara digital learning. Sekarang ni cikgu² dah tak pakai sangat papan hitam, papan hijau atau whiteboard, skrg cikgu² dah moden pakai skrin dan LCD je. Lagi-lagi di musim PDPR.

Bagi saya, Microsoft Surface termasuk dalam kategori hi-class laptop jugak la, orang kayangan je mampu beli. Saya sifatkan hi-class bukan sebab kualiti spec dan fungsi tapi sebab harga. Harga dia antara RM4000 hingga RM10000 bergantung kepada siri dan spec.. sekarang dah masuk Surface Pro 7, saya hanya mampu pakai Surface Pro 4 je.. itu pun 4 tahun lepas beli yang second hand, harga pun dah cecah RM3600, harga asalnya RM4000.

Pengalaman saya pakai Microsoft Surface Pro 4 ni sangat mendukacitakan walaupun pada awalnya saya sangat excited dan teruja dengan fungsi dia.. boleh touch screen, ada stylus/pen, support Windows/Microsoft Office, boleh jadi 2 in 1 maksudnya boleh jadi laptop dan boleh jadi tablet.. pendek kata sangat mudahlah untuk mengajar kat kelas dengan bantuan LCD.

Dan sejujurnya mimpi ngeri saya bermula apabila Microsoft Surface Pro 4 ada masalah flickering 2 tahun lepas.. device jadi panas dan skrin bergetar. Puas saya bertanya sana-sini.. tapi tiada solusi. Bila call pihak Microsoft Malaysia, diorang minta hantar kepada mereka untuk pengguna yang ada masalah macam tu.. ok nasib baik masa tu masih ada waranti. Bila hantar, selepas seminggu mereka pulangkan semula tapi hakikatnya mereka berikan device yang refurbised, senang cakap device yang terpakai tapi kononnya dibaharukan. Jadi Surface Pro 4 saya yang asal dah tak dipulangkan semula. Memang masalah flickering settle la tapi hakikatnya saya terpaksa terima device yang terpakai. Waranti hanya 3 bulan je.. bayangkan macamana. Dan sekarang device tu dah tak boleh nak pakai, ada masalah skrin pula, maybe sebab benda yang dah terpakai, makin banyak la lagi boleh jadi rosak. Saya pun dah rasa letih nak fikir dan repair. Kos pun dah banyak saya habiskan untuk Surface tu.. jadi biarlah tersadai. Ada yang nak beli? Hahaha…. 😀

Selang tak berapa lama, timbul pula masalah keyboard/type cover tak detect pada device.. terpaksa call Microsoft sekali lagi. Saya cuba minta bantuan dalam group² Surface di facebook, telegram.. tapi sorang pun tak membantu, walaupun dalam tu ada yang kaki penjual tegar Microsoft Surface kepada cikgu². Hanya bercerita yang indah bila menjual… yang sebaliknya mereka tak bagitau dan tak tahu nak buat apa kalau ada masalah di kemudian hari, mungkin device mereka belum rosak. Pihak Microsoft buat troubleshoot, ok rupanya masalah softwares, drivers dan Windows. Terpaksalah reset semula segalanya termasuk Windows dan segala softwares.

Belum sampai 3 tahun pun, akhir tahun 2019 power cabel pula bermasalah.. terpaksa saya mencari dalam LAZADA dan SHOPEE, hanya untuk beli power cabel ganti, dan terpaksa beli yang OEM sebab peralatan ganti original Microsoft ni level Apple Product juga, harga kayangan.

Dan seterusnya, awal tahun 2020, masalah terbaru berlaku.. bateri pula tak detect apa² untuk caj. Hanya boleh guna device kalau sambung kepada power cabel.. tanpa power cabel device tak boleh nak guna. So terpaksalah cari solusinya sebab.. apa gunanya pakai Surface kalau tak dapat nak bawa ke mana tanpa power cabel.

Seperti biasa, saya cuba bertanya dalam group pakar yang rancak menjual Microsoft Pro tu, saya tanya kat mana tempat boleh hantar repair kot-kot ada yang tahu dan ada pengalaman.. takde sebarang respon saya terima. So apa yang saya faham, adakah divice mereka ni takde masalah langsung/belum jadi masalah atau sebenarnya takde sorang pun tahu apa nak buat kalau device Surface mereka rosak & bermasalah. Sekarang saya dah left group tu sebab langsung tak membantu. Nama je group Microsoft Surface (untuk guru) tapi hanya nak menjual je bukan membantu bila ada masalah.. 🙂

Saya berusaha lagi call pihak Microsoft, jawapannya sangat mengecewakan.. “Kami tak repair, kami hanya tukar yang refurbished atau upgrade sistem, itu pun jika masih ada waranti. Kalau waranti dah tamat, kena bayar RM2500 utk kami upgrade sistem kepada Surface Pro 5, sistem sahaja ya bukan device.. device pakai yang sedia ada. Waranti hanya 3 bulan sahaja.” Apa rasa bila dengar jawapan Microsoft mcm tu?  Rasanya kalau pakai brand Apple pun takde la seteruk aftersales Microsoft. Ada je pusat servis Apple di mana-mana walaupun tak banyak.

Saya cuba google kot ada kedai yang boleh repair, semua yang saya call jawab diorang boleh je repair apa² laptop tapi untuk Microsoft Surface diorang memang tak tahu nak repair, takde kepakaran.

Semasa saya call pihak Microsoft pun diorang ada bagitau yang device Microsoft memang jarang atau hampir tak ada kat luar yang boleh repair.. skru pun kena buka menggunakan screwdriver yang khas. Kalau ada yang sanggup pasangkan bateri pun, diorang akan caj tinggi kaw-kaw sebab risiko skrin boleh pecah bila buka cover belakang (boleh tengok review video di Youtube cara buka/pasang bateri Surface). So, untuk saya tukar bateri original Surface Pro 4 ni, saya perlu membayar kos hampir RM700 ke RM1000 termasuk caj pemasangan dan waranti hanya 3 bulan, itu pun kalau saya tak ditipulah. Saya terpaksa dapatkan bateri original tu dari seorang seller di Melaka, sebab bila survey kedai di area KL, ramai yang seolah macam scammers.

Jadi berdasarkan pengalaman ngeri ni.. saya nasihatkan sesiapa yang berhajat nak beli dan guna Microsoft Surface.. fikirlah berulangkali. Saya bukan menghalang sebab memang kegunaannya sesuai untuk seorang pendidik. Jika bajet lebih, dan memang tak kisah risiko rosak seperti yang saya ceritakan.. maka teruskanlah. Cuma, rasanya tak berbaloi untuk beli device yang harga RM4000 ke RM8000 tapi bakal hadapi risiko yang banyak dan takde tempat untuk dibaiki/servis.

Jadi, jangan mudah terpedaya dengan review atau demo seronoknya mengajar gunakan device Microsoft Surface ni.. pen/stylus dia pun harga dah cecah lingkungan RM400.

Jangan mudah dipengaruhi dengan kata-kata indah seller. Yang baru beli dan bagi support kepada seller kononnya device ni bagus pun, mereka belum lagi berdepan dengan masalah. Untuk kos RM4000 ke atas, anda boleh dapat sebuah laptop yang jauh lebih power dari Microsoft Surface Pro 7 yang berharga hingga RM7000 ke RM10000.. boleh tengok review perbandingan di Youtube. Saya bukan anti-Microsoft Surface, tapi pengalaman sepanjang menggunakannya sangatlah ‘mengerikan’. 🙁