EDIT KERJA POWERPOINT DALAM CANVA

Siapa yang tak kenal Canva? Satu platform mudah untuk menghasilkan grafik dan video. Atau.. memang masih ada yang tak pernah tahu adanya Canva? 🙂

Canva diberi secara percuma, tetapi jika anda upgrade atau melanggannya ke status PRO.. lagi banyak template dan kemudahan boleh digunapkai. Bagi yang menggunakan akaun Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE), secara automatik status ditukar kepada Edu jika menggunakan Canva For Education, ianya menyamai status PRO. Jadi beruntungnya warga guru dan murid, anda boleh menggunakan Canva dengan status PRO tanpa perlu membayar walau sesen pun.

Canva sentiasa mengemaskini fungsinya setiap masa. Terbaharu, anda boleh mengupload kerja atau fail dari Microsoft Powerpoint masuk ke dalam Canva dan mengeditnya menggunakan kemudahan yang ada dalam Canva seperti memasukkan gambar, muzik, klip video, menukar animasi grafik dan sebagainya.

Jadi caranya mudah sahaja, sila buka web atau aplikasi Canva (jika install di pc/laptop). Tekan button Create a design

Seterusnya pilih Import PDF. Pilih fail yang anda mahu dari pc/laptop..

Nanti fail yang diimport tu masuk ke folder All your designs dalam Canva. Double-Click fail yang dikehendaki, dan anda akan lihat fail tersebut muncul di paparan tersedia untuk diedit menggunakan fungsi Canva. Macam tu je.

Jadi, apalagi.. selamat mencuba!