TIPS BELI LAPTOP

Tips ni saya pernah pos di facebook setahun yang lepas. Saya kongsikan pula di blog ini untuk panduan dan pertimbangan dengan pengubahsuaian teks.

Sejak pandemik ni ramai guru dan ibu bapa mula mencari laptop kerana pembelajaran banyak dilaksanakan secara online.. tapi biasalah, bagi seorang guru.. pengorbanan membeli sendiri laptop, printer, gajet dan sebagainya untuk pengajaran dan pembelajaran.. kadangkala ianya tidak juga dihargai.

Saya bagi guide la untuk mudahkan cikgu memilih ya.. ini dari apa yg saya tahulah. Masing-masing ada pendapat tersendiri.

Mula-mula tengok bajet dulu.. kalau bajet tak tinggi, tak payah la berangan nak memilih sangat sebab tak banyak pilihan pun. Jangan tanya apa brand bagus sebab semua brand lebih kurang sama je.. bahkan kalau nak ikutkan, contohnya brand Hewlett-Packard (HP) semua perkakasan dalam laptop diorang bukan HP punya pun.. diorang ambik dari brand lain, contoh processor dari brand lain, RAM dari brand lain, graphic dari brand lain.. so HP akan pilih yang mana yang terbaik dan diorang cop/claim brand HP seketul menjadi laptop HP.

Macam Acer, kelebihan dia banyak sediakan tempat service center.. so contoh beli kat Kelantan balik Sarawak, ada je servis center Acer kat Sarawak.. jadi satu Malaysia ni banyak tempat hantar servis kalau laptop Acer bermasalah.

Nak beli laptop kena tengok juga apa keperluan, jangan la mentang-mentang bajet banyak.. beli je laptop ikut cadangan seller, tentu la seller akan suggest laptop yang mahal (ada la juga yang betul-betul jujur berniaga)..🤭

 

Processor i5H lebih baik dari i7U.. so jangan fikir yang i7 tentunya lebih baik dari i5. Sesiapa yang nak buat editing video dan grafik, yang gunakan perisian seperti Adobe Premiere Pro atau Adobe Photoshop.. jangan pilih yang integrated graphic, pilih yang graphic card sendiri seperti Nvidia Geforce MX250 ke atau GTX1650 ke.. ini contohlah. Maksudnya ada slot khusus untuk grafik. Tapi kalau sekadar untuk kerja biasa-biasa je.. contoh hanya buka Google Classroom, Powerpoint, Word atau sekadar buat class online pakai Google Meet, tak perlu la sampai processor i5 atau i7, i3 pun dah ok.. dan cukup sekadar guna integrated graphic Intel je.

Kalau nak mengajar mudah, beli la laptop 3 in 1 seperti Microsoft Surface, siap ada stylus/pen tapi.. berbaloi ke nak habiskan bajet RM3.5k, RM5k ke RM7k hanya untuk beli laptop hi-class tapi guna untuk mengajar je? Saya pernah dan masih pakai Microsoft Surface Pro 4, sekarang baru 2 tahun tapi macam-macam masalah timbul dan susah nak repair. Percayalah. Boleh refer posting saya sebelum ni.

Untuk RAM pilihlah yang paling rendah pun 8GB berbanding 4GB, kalau dapat yang 4GB.. minta seller upgrade kepada 8GB.. tambah la sikit bajet sebab kita nak pakai laptop tu lama, kan. Bagi video editing untuk 1080p, better upgrade RAM kepada 16GB dan untuk video editing 4K up la kepada 32GB. Kalau setakat guna editing biasa-biasa, 8GB pun dah ok. Ingat, softwares yang kita buka pun mempengaruhi performance laptop.. kalau buka Adobe Photoshop atau Google Chrome.. ini antara software atau aplikasi yg tinggi penggunaan RAM.. so memang RAM akan kerja lebih.. jadi kalau buka Photoshop tetiba sistem jadi slow.. better tutup aplikasi lain, jangan buka serentak.

Laptop 2 in 1 selalunya mahal sebab fungsi dia lebih.. tambah lagi yang jenis touch screen. Apatah lagi yang disertakan stylus. Manakala processor Intel lebih mahal berbanding AMD tapi AMD yang power untuk gaming.. tetap mahal juga.

Beli laptop yang guna SSD (Solid State Drives) sebab ianya lebih laju berbanding HDD (hard disk drive). Sebaiknya pilih storage yang 512GB ke atas berbanding 128GB tapi depend kepada bajetlah. Pastikan laptop ada slot mencukupi, sekurang-kurangnya seperti USB port, HDMI port.. ada USB type-C better sebab smartphone sekarang banyak yang dah guna USB type-C.

Nak beli yang jenis Macbook ok je. Ada Macbook Pro atau Macbook Air. Saya pun ada pakai Macbook Air. Cuma nasihat saya, kalau tak mahir guna better jangan la beli. Jangan sebab nak rasa gah je tapi guna tak tahu. Laptop dan ipad/tablet pada saya tak sama level ya.. orang lain fikir macam mana saya tak pastilah. So, fikir dulu kegunaan sebelum buat keputusan nak beli. Harga Macbook Apple pun bukan biasa-biasa, kayangan.

Jadi, itu sedikit sebanyak panduan kalau anda berhajat nak beli laptop.. jangan menonong je pegi kedai komputer cakap nak beli laptop, pastu cakap harga tak kisah asal bagus dan terbaik… haha naya la bajet ngko Makcik Kiah oii, abis la macam-macam bantuan prihatin yang PM bagi tu, hehe..🤭😬

So cadangan saya.. kesimpulannya, bajet untuk kegunaan biasa-biasa dalam RM2k atau RM2.5k ke bawah dah ok.. bajet untuk serius untuk video/photo editing dan mid-game dalam RM2.5k atau RM3k ke atas.. dan bajet untuk kaki gaming tegar dan pro dalam video/photo editing dalam RM3.5k atau RM5k ke atas. Sekian… 👍✌

 
* Diizinkan share untuk panduan rakan-rakan lain..