Akhirnya Tercapai Impian

June 29, 2008 – 8:35 pm

Lama berhajat. Akhirnya impian tercapai untuk saya memiliki sebuah kamera DSLR. Oleh kerana hanya sebagai beginner tentang DSLR ni, maka pilihan kamera adalah Canon EOS 400D sebab rasa kurang berbaloi lagi membeli kamera melebihi kos RM3000 kalau kemahiran tidak sampai ke tahap pro. Insya-Allah, kalau ada rezeki dan pengetahuan yang lebih sebagai pro photographer, tidak salah memiliki yang lebih hebat.

Walau apapun, Canon 400D akan lebih masa bersama saya selepas ni sebagai teman baru, di samping saya meneruskan salah satu hobi meneroka bidang fotografi dengan lebih serius. :)

*** Saya mohon maaf kepada sesiapa yang pernah cuba muat turun ebook EZINE MARKETING melalui blog ini tapi failnya tiada, sila download semula. Hari tu saya terpadam fail dari server kerana menyiapkan portal, maaf. Terima kasih kepada SMART TEAM kerana memaklumkan kepada saya tentang masalah ini.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Popularity: 10% [?]


Tags: , , , ,

Oh, Si Dia Idamanku…

June 23, 2008 – 5:10 pm

Beralih arah! Itulah kata-kata yang sesuai agaknya. Minat baru saya beralih arah kepada ikan Arowana Silver setelah pelbagai ikan dipelihara sebagai hobi sebelumnya. Kata orang (memang betul pun), nak memelihara ikan spesis Arowana/Kelisa ni perlukan banyak ‘pengorbanan’. Sebabnya ikan ni banyak kerenahnya kalau silap percaturan menjaganya.

Apa orang nak kata, pedulikan. Hobi tetap hobi. Belum cuba belum tahu. Keindahan dan keunikanlah yang biasanya menjadi tarikan dan penambat hati peminat-peminat Arowana ni. Hrmm… lagi pun, dah banyak juga bajet yang keluar untuk si dia ni. Yang penting, kepuasan dan minat. Kalau tak, bukan la hobi namanya, ye tak? ;)

Apa-apa pun, bisnes tetap jalan… hobi tetap hobi… kerja tetap kerja. :D

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Popularity: 13% [?]


Tags: , , , ,

Bloggerkah Aku?

June 8, 2008 – 8:50 pm

Terbukti bukan senang untuk kekal aktif menulis di blog, melainkan disebabkan salah satu dari dua perkara berikut, sama ada….

1. Betul² berminat, berilmu, berkomitmen dan bertujuan, atau..

2. Tiada kerja lain nak dibuat (biasanya entri yang dihasilkan hanya merapu tanpa mesej)

Agak sukar jika anda seorang bekerjaya kerana kurangnya masa terluang, apatah lagi jika anda tiada matlamat yang khusus kenapa berblog. Tambah pula jika anda bukanlah sebenarnya seorang pakar dalam sesuatu bidang. Maksudnya anda akan dikunjungi idea jika anda mahir tentang selok-belok bisnes, tahu tentang tips komputer, mahir dalam arena penulisan seperti anda seorang pengarang buku, penulis cerpen, penulis sajak atau seumpamanya, dan mungkin jika anda berilmu tinggi tentang persoalan agama. Tapi anda akan hilang arah jika hanya datangnya minat berblog selepas melihat kehebatan blog orang lain yang tip top dan akhirnya blog anda ‘terbengkalai’ di akhirnya. Atau berlaku keadaan di mana anda akan hanya menciplak hasil idea orang lain untuk diletakkan ke dalam entri blog anda semata-mata mahu ‘menghidupkan’ blog tanpa memberikan sebarang kredit atau penghargaan kepada individu tersebut.

Apa yang perlu ada dalam blog? Jawapannya macam-macam. Pilih saja minat anda, kemahiran ilmu anda dan keprihatinan anda. Jika anda bukan seorang ahli politik, tidak bermakna anda tidak boleh berblog bicara tentang politik. Yang penting sejauhmana anda mengikuti perkembangan dunia politik itu. Jika anda seorang pro-sukan, maka anda boleh berbicara tentang perkembangan sukan tersebut di blog anda.

Dan saya? Bukanlah seorang blogger sepenuh masa kerana secara ikhlas kesuntukan masa terlalu menghimpit. Dan blog saya tiada tema khusus tentang apa-apa pun. Cukuplah sekadar perkongsian idea yang tidak seberapa. Untuk anda, teruskan berblog…. jangan berkubur tanpa sempat berjuang! :D

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Popularity: 16% [?]


Tags: ,

Tazkirah Jumaat - Tujuh Macam Pahala Selepas Mati

May 16, 2008 – 7:22 pm

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya iaitu anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Popularity: 28% [?]


Tags: , , ,

Broadband 3Gx Celcom

April 20, 2008 – 11:29 am

Agak lama tidak menulis di blog ni. Sibuk tiada terkata… urusan kerja, bisnes dan menyiapkan portal yang akhirnya selesai.

Oh ya, mungkin sekadar perkongsian atau meluahkan rasa geram. Kurang sebulan saya membeli USB MODEM DATA CARD M100 berharga RM1099 dan melanggan 3Gx Celcom unlimited RM98 sebulan, tapi hati dan perasaan masih belum reda menahan kemarahan dengan perkhidmatan pihak Celcom. Saya tidak pasti sama ada masalah ini terjadi juga kepada anda yang menggunakan perkhidmatan yang sama.

3Gx menjanjikan perkhidmatan broadband dengan kelajuan 3.5M, namun apa yang saya nikmati hanya seumpama menggunakan pakej dial-up saja, walaupun saya berada di sekitar Gombak, Kuala Lumpur. Saya tak pasti sama ada masalah ni hanya saya seorang saya yang alaminya atau berlaku juga pada anda yang menggunakan perkhidmatan yang sama.

Berbelas kali saya hubungi pihak Celcom, namun tiada jalan penyelesaiannya.

Hrmm.. kalau ada sesiapa nak berkongsi dan bantu, saya sangat mengalukannya… 

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Popularity: 41% [?]


Tags: , , , ,