HEBATNYA SABAR

Kata Umar al-Khattab,

Dengan kesabaran, kita tahu makna hidup yang lebih baik. Setiap hari kita diuji. Bermacam ujian yang kita terima. Kecil atau besar, ianya tetap ujian. Allah tidak sesekali menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Sepertimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286,

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): β€œYa Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang terdahulu sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

Ujian bukan hanya kepada perkara-perkara musibah, sedih atau kesakitan, malah ujian Allah juga akan datang dalam pelbagai jenis. Bagi sesetengah orang, mereka nampak kekayaan melimpah ruah adalah satu nikmat, tetapi sebenarnya itu juga satu ujian, ujian bagaimana mereka yang diberikan kekayaan itu menggunakan hartanya, ujian bagaimana sikapnya angkuh, sombong dan bakhil atau dia menjadi seorang yang pemurah.

Para Nabi adalah utusan Allah, namun mereka diuji dengan berbagai-bagai dugaan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

Semoga Allah menurunkan rahmatNya kepada Musa, yang lebih banyak mendapat ujian berbanding umat lain, namun dia tetap bersabar.

Kemuliaan seseorang itu tidak datang hanya melalui impian-impian dari mimpi dan angan-angan, tetapi kemuliaan hanya diraih dengan tekad dan usaha yang gigih, kerja keras dan pengorbanan. Semua itu memerlukan kesabaran.

Salah satu doa ma’thur diriwayatkan oleh Abu Daud dan diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada kita agar dijauhkan daripada perasaan keluh kesah dan dukacita..

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.

Β 

Leave a Reply