BEKERJA IKUT KEMAMPUAN

Tak dapat disangkal, setiap kerja yang kita lakukan adalah satu amanah. Setiap amanah wajib dilakukan sebaik mungkin kerana jika amanah itu tidak diselesaikan, maka ia akan memberi bebanan kepada orang lain.

Namun harus diingat, kesihatan juga adalah satu perkara yang kita tidak boleh ketepikan sama sekali. Andai kesihatan kita merosot, maka kualiti kerja kita juga akan merosot. Jangan samakan kekuatan bekerja 20 tahun sama seperti di awal 5 tahun kita mula bekerja dulu.

Semakin meningkat usia, pastinya semakin kurang tahap kesihatan kita walaupun kita antara golongan orang yang sangat aktif, menjaga makan minum, kerap melakukan senaman dan seumpamanya. Ada orang yang kualiti tubuh badannya jauh lebih muda dari umur, tetapi ada orang yang kualitinya badannya melebihi umurnya. Maksudnya, walaupun umur baru 35 tahun tapi kualiti badannya merosot seperti umur 48 tahun.

Bekerjalah ikut kemampuan diri, jangan memaksa. Umpama kereta, semahal mana pun jika tidak dijaga dengan baik, maka prestasinya tidak akan hebat. Berkomunikasi dengan pegawai atasan sangat penting supaya mereka dapat memahami masalah yang kita utarakan. Maklumkan tahap kesihatan kita dengan jelas. Dan jika anda seorang pegawai atasan, bertolak ansur adalah lebih baik demi menjaga kualiti seseorang pekerja. Maka produktiviti keseluruhan juga akan sentiasa hebat dan cemerlang.

Leave a Reply