TERUS MELANGKAH

Kehidupan kita kat dunia ni takkan kekal selamanya. Semua orang tahu. Oleh sebab itu, Allah memberi kita DUA PILIHAN, sama ada kita memilih untuk ke kanan atau ke kiri.

Peristiwa pahit yang berlaku dalam hidup kita tidak perlu dijadikan sebagai penghalang untuk kita terus ke hadapan, mencari ilmu dan membekalkan diri ke akhirat. Namun demikian, jangan sesekali kita melupakan hal dunia. Kerana Nabi s.a.w tidak pernah sesekali meninggalkan hal keduniaan demi akhirat. Kita perlu bijak mengimbangi supaya tidak menjadikan keduniaan itu sebagai satu kuasa terhebat.

Kita perlu segera memilih, adakah mahu melangkah ke kiri mengenang dan berfikir hal yang telah berlaku, atau kita kuatkan diri untuk melangkah ke kanan memilih kehidupan yang lebih menenangkan atau tidak diganggu gugat oleh tekanan.

Dunia sekarang semakin mudah, dengan adanya kemajuan teknologi. Kesempatan itu menyebabkan ada sebahagian manusia yang menjadi pemalas, pengemis, fitnah memfitnah.. tanpa rasa malu dan segan. Lelaki terang-terangan mengaku sebagai wanita.. mengaku melakukan hubungan seks terlarang seperti langsung tiada maruah diri.

Jangan stress, berusahalah selagi Allah memberikan rezeki di muka bumi ini dengan melimpah ruah. Carilah rezeki yang halal, jauhilah perkara haram yang boleh menggelapkan hati kita. Biar apa pun kedengkian orang pada kita, berserahlah kepada Allah. Kerana Allah sentiasa ada bersama.

 

Leave a Reply