ADAKAH KITA MASIH DIPERCAYAI?

Kepercayaan adalah sesuatu yang subjektif. Tiada sesiapa pun boleh mengukur berapa peratus kepercayaan yang dapat dan diberikan pada orang lain.

Bila kita mahu dihargai, dipercayai.. maka sepatutnya segala tindak tanduk kita biarlah menyakinkan. Kepercayaan juga akan hilang bergantung cara bagaimana kita menyelesaikan sesuatu masalah. Adakah kita seorang yang bertanggungjawab atau hanya tahu menghukum atau cuba ‘melepaskan diri’.

​Tiada cara lain untuk kita kembali meyakinkan orang supaya mempercayai diri kita selain menunjukkan kesungguhan untuk menjadi lebih baik. Sikap kita yang tidak disenangi dibuang jauh-jauh. Belajar menghargai orang lain, belajar berterima kasih atas apa yang orang dah berikan kepada kita. Jauhi sikap ego walau siapa pun kita.

Leave a Reply