ADUAN SKMM LEBIH MUDAH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

adalah salah satu agensi yang bertanggungjawab untuk menerima aduan berkaitan isu telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan pos, scammer dan juga beberapa perkara atas talian. Pengguna boleh membuat aduan kepada SKMM melalui beberapa saluran, dan terkini mereka memperkenalkan sokongan membuat aduan dengan hanya menggunakan aplikasi WhatsApp.

Melalui aplikasi WhatsApp, pengguna hanya perlu menghantar mesej mereka kepada nombor SKMM di 016 220 6262. SKMM beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Pihak SKMM mengatakan mereka akan memberikan perakuan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam.

Melalui kemudahan aduan melalui WhatsApp ini, ia akan memudahkan lagi para pengguna untuk membuat aduan, dan memastikan pelbagai penyedia perkhidmatan beroperasi seperti yang dijanjikan.