SELAGI PINTU TAUBAT TERBUKA

Allah suka kepada hamba-Nya yang apabila dia melakukan dosa, maka dia akan segera bertaubat. Malah Allah juga suka kepada orang yang sentiasa berusaha membersihkan dirinya dari melakukan dosa dan maksiat.

Pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas. Allah lebih mengetahui atas segala sesuatu. Pada manusia, mereka hanya boleh melihat luarannya sahaja atau setidaknya menilai berdasarkan tingkahlaku sesorang, tetapi Allah dapat melihat apa sahaja luaran dan dalaman hati seseorang. Ada orang yang mahu bertaubat, tapi disebabkan tekanan atau perlakuan orang sekeliling maka hasratnya tersekat di tengah jalan.. maka ingatlah, Allah lebih mengenali apa yang tersurat dan yang tersirat seseorang. Janganlah kita melepaskan peluang untuk bertaubat, hanya kerana hinaan manusia. Mungkin kita hina di mata manusia tapi mungkin kita mulia dan indah di sisi Allah.

Biar sehebat mana sekalipun ilmu seseorang itu, dia juga tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Biar setinggi manapun pangkat seseorang, dia tetap ada kekurangan dalam dirinya yang boleh membawanya kepada melakukan kesilapan.

Pada zaman mutakhir ini, antara kesilapan yang selalu kita lakukan adalah berkaitan dengan percakapan yang kita keluarkan, baik secara lisan atau tulisan. Berhati-hatilah.