HATI YANG MENILAI

Lama tidak mencoret idea. Kadangkala, bila kesibukan dan usia bertambah.. kebiasaan pun berubah walaupun ianya datang dari minat dan kesukaan.

Pandemik Covid19 banyak mengubah cara hidup kita. Pastinya inilah ujian Allah yang kita mesti tempuh walaupun ianya amat sukar dan pahit. Ada yang kehilangan pekerjaan, perniagaan musnah dan pelbagai lagi masalah menimpa. Ada yang sampai sanggup membunuh diri disebabkan kesempitan hidup yang tidak tertanggung.

Namun.. walau apa sekali pun, bagi mereka yang berkemampuan.. ambillah kesempatan untuk saling membantu. Setidaknya, walaupun nampak kecil.. bantulah dari sudut sokongan moral. Dunia hari ini, hanya melihat apa yang ada di depan mata. Semua perkara nak ditunjuk dan dipamerkan. Biar apa yang dibuat tiada penghargaan, tapi yang pasti hati kita sentiasa menilai keikhlasan yang ada dalam diri kita. Kita puas.

Bertabahlah…