PHOTOBLOG | KOLEKSI FOTO | HOBI | IDEA | SANTAI

Masa Yang Sibuk Atau Kita Yang Buat Sibuk?

March 17, 2008 – 6:29 pm | by Pujangga

Sekali lagi blog ni ’sedikit terabai’. Sebenarnya banyak projek yang nak dibuat, kurang masa untuk berkongsi gambar di sini. Kesibukan tu sebenarnya kerana kita sendiri, boleh dirancang. Tapi gayanya teramat sibuk hingga terlupa kepada blog ni. Lagi pun tak banyak foto yang diambil sebenarnya, kurang masa bersiar-siar.

Walau apapun, insya Allah jika berkesempatan akan diusahakan nanti.. sesuatu. :D

Oklah, tiga gambar untuk dikongsi… comel tak? :twisted:

Popularity: 45% [?]

Tags: , ,

Sibuknya…

December 26, 2007 – 9:22 pm | by Pujangga

Lama betul aku tak update blog ni. Bukan tak nak update, tapi terlalu sibuk sangat. Tak de masa nak snap gambar. Lagipun, dah lama aku tak pegi bercuti. Setakat balik kampung tu adalah. Hari tu teringin nak bersantai di tepi pantai, hehe… musim tengkujuh di luar jangkaan la pulak. Apa nak buat, itu semua dah takdir tuhan.

Mungkin awal 2008 nanti, aku akan mula memegang semula Sony T100 aku tu. Bukannya tak guna langsung sekarang ni, cuma tak sekerap sangat. :D

Popularity: 51% [?]

Tags:

Simplenya?!!

November 18, 2007 – 12:48 am | by Pujangga

Lama jugak tak post gambar kat sini. Sibuk memanjang. Tak de masa sangat untuk snap gambar menarik. Anyway, post kali ni aku paparkan juga gambar yang simple tapi kalau pandang sekali sepintas lalu… cantik jugak. Tapi kalau pandang lama²… aku rasa mesti korang menyampah. Bunga raya untuk korang…. :D

Popularity: 100% [?]

Tags: , ,

Masih Belajar Lagi

November 10, 2007 – 8:03 am | by Pujangga

Hmm.. nampaknya minat aku untuk snap seberapa banyak gambar terutamanya menggunakan teknik macro ni semakin menjadi-jadi. OKlah, gambar berikut antara tambahan aku menggunakan setting macro 1cm :

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Popularity: 71% [?]

Tags: , ,

Gambar Pertama (Siri 2)

November 3, 2007 – 10:48 am | by Pujangga

OK, seperti yang aku dah janji.. aku akan paparkan lagi koleksi gambar yang aku snap buat kali pertama sebaik saja beli kamera digital kesukaan aku ni Sony Cybershot T100. So, ini dia 2 lagi gambar yang juga aku ambil dari kalendar menggunakan setting macro 1cm…. :)

Tunggu untuk siri ke -3… :)

Popularity: 90% [?]

Tags: , , , , , ,

Bahasa Kita… Di Mana Tempatnya?

October 20, 2007 – 5:29 pm | by Pujangga

Huu… aku ni dah lama kenal blog tapi masih mentah tentang selok belok blog. Nampaknya makin kencang bisnes melalui blog ni kat internet. Yang dah jual buku pasal bisnes kat internet melalui blog ni pun sekarang dah ada dijual. Aku dah beli dan baca tapi sekadar untuk komen dan pandangan peribadi, hrmm… agak mengecewakan isi kandungannya jika berbanding harga. Apa-apapun, baguslah atas inisiatif tu, sekurangnya boleh la jadikan panduan kepada beginner macam aku ni kot. :twisted:

Kita dah merdeka 50 tahun dan Dr. Sheikh Muszaphar dah sampai ke angkasa, tapi malangnya bahasa melayu kita ni masih tidak ada tempat di peringkat antarabangsa. Kenapa ek? Sebab tulah susah juga bagi orang melayu kita ni nak bisnes. Ye la, nak dapatkan googles adsense dah pastinya dia tak iktiraf bahasa melayu. Betul la, nak maju kena usaha.. belajar bahasa inggeris sampai pandai, tapi tak semua orang ada kemampuan untuk belajar. Mungkin kerana persekitaran kot.

Tapi, kalau blog kita, laman web kita dipenuhi dengan tulisan berbahasa inggeris, kat mana kita nak martabatkan bahasa melayu kita pulak? Kalau campur² nanti dicopkan pulak suka guna bahasa ‘rojak’… merosakkan bahasa pulak. Isk, susah jugak ye. :roll:

Rasanya masing² punyai pendapat tersendiri. Ini hanya pandangan cetek aku je kot. Apapun, selamat hari raya… dah puasa enam ke belum? :twisted:

Popularity: 65% [?]

Tags: , , ,

Selamat Hari Raya

October 11, 2007 – 9:04 am | by Pujangga

 Hakcipta Terpelihara Persona

Sana-sini raya. Tak sabar nak balik kampung untuk jumpa keluarga dan sedara mara. Tentu meriah. Nampaknya jalanraya dan lebuhraya dah terlalu sibuk sangat. Dan orang yang paling sibuk dah tentulah pemungut tol di lebuhraya (selamat hari raya untuk semua pemungut tol ) :twisted:

Aku balik malam ni. Confirm jalan sesak ke pantai timur. Anyway sebenarnya meriah. Harapan aku perjalanan lancar sehingga sampai ke kampung. Risau jugak, kita je berhati-hati tapi orang lain tak, bahayanya kita jugak yang tanggung.

Tak sabar aku nak snap gambar sepanjang raya ni guna Sony T100 aku tu. Nanti aku post kat sini, sekadar koleksi peribadi dan share ngan korang. So daripada aku, SELAMAT HARI RAYA, jumpa lagi lepas raya di arena blog ni.. hehe :D

Popularity: 67% [?]

Tags: , , , ,

Gambar Pertama (Siri 1)

October 7, 2007 – 9:32 pm | by Pujangga

Gambar pertama aku menggunakan kamera digital SONY Cyber Shot T100. Gambar ni aku snap dari satu kalendar semasa aku di bengkel KIA Jalan Pahang, masa tu aku tengah tunggu servis kereta aku siap.

So alang² tak de keje, aku ambik je kamera aku dan terus merayap di sekitar pusat servis tu sehinggalah aku jumpa kalendar yang cantik ni. Kelendar dia kecik je tapi aku adjust kamera tu supaya dapat snap dengan jarak dekat. Hurmm.. cantik jugak kalau buat wallpaper ni. Tapi aku post kat sini gambar yang aku dah kecilkan saiz (sory eh) :twisted:

p/s : Ada lagi, tapi tunggu post yang lain. :D

Popularity: 77% [?]

Tags: , , ,

Lagu Keagamaan Untuk Nasyid Ke Rock? Jangan Cemarkan…

October 4, 2007 – 11:01 am | by Pujangga

Selepas bersahur tadi, aku on kan tv. Tiba² terperanjat tidak terkata bila beralih ke channel 9 dan melihat aksi kumpulan muzik terkenal Indonesia, GIGI sedang menyanyikan lagu berunsurkan ketuhanan berjudul ‘Tuhan’ dari album ‘Raihlah Kemenangan’. Mmm… apa salahnya? Apa yang menyebabkan aku terperanjat sangat tu?

Sebabnya ialah cara persembahan kumpulan tersebut yang aku rasakan seolah menghina imej Islam. Mereka menyanyi lagu tersebut dengan irama rock (aku tak mahir tentang muzik tapi aku rasa siapa pun tahu mendengar dan membezakan irama). Bukan itu saja malah mereka berpakaian jubah putih dan berserban lagi dengan gaya ala orang sasau atau mabuk. Huh, sakit hati aku tengok.

Iniilah masalahnya, macamana pihak Channel 9 boleh luluskan penyiaran klip video tersebut? Rasanya banyak lagi klip video kumpulan nasyid kat Malaysia ni yang boleh disiarkan sempena Ramadhan seperti Raihan, Rabbani dan In-Team. Aku pernah terbaca (lupa kat blog mana), ada disebut bahawa stesyen radio utama kat Malaysia ni tak nak siarkan lagu nasyid kerana keliru, keliru sebab ada lagu nasyid yang bercampur aduk dengan irama rock. Betul ke begitu? :(

Aduss, patut la gejala sosial berleluasa. Sumber depan mata seperti media elektronik begitulah sebenarnya yang menjadi antara penyumbang utama semua tu terjadi. Bukanlah masalah persekolahan sesi pagi dan petang sebenarnya. Fikirkan fikirkanlah…

Popularity: 94% [?]

Tags: , , , , ,

Inilah Catatan Pertamaku…

October 2, 2007 – 8:09 am | by Pujangga

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat siapkan blog yang tak seberapanya ini (yang telah di’upgrade’kan ke versi 2.3). Minat aku pada dunia blog ni semakin menebal saban hari bila melihat ramai di kalangan xpert² telah berjaya. Aku harap permulaan catatan aku ini akan memulakan langkah seterusnya untuk aku terus bergelumang dengan dunia blog ini.

Sebahagian besar catatan aku adalah secara umum berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling. Malah aku akan sertakan koleksi foto² sebagai sebahagian daripada perjalanan atau diari hidup aku… Apa yang pasti, aku masih baru dalam dunia blog ini… :)

Popularity: 54% [?]

Tags: