Tukar Wallpaper ASUS EEE PC
Sunday, November 06th, 2011 | Author: Wan

Salam Aidil Adha buat anda. Semoga segala pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim yang sanggup melakukan korban terhadap Nabi Ismail hanya melaksanakan perintah Allah, dan Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat meninggalkan kampung halaman Mekah dan berhijrah ke Madinah demi menyelamatkan Islam menjadi iktibar dan kekuatan untuk kita memartabatkan Islam, walaupun perlu mengorbankan harta dan nyawa.
Kali ini saya hanya ingin berkongsi tips yang sangat mudah tapi mungkin ada yang tak tahu. Perlu diingat bahawa bukan semua orang mahir dalam segala hal, walaupun ianya nampak remeh.
Adakah anda salah seorang pemilik laptop mini ASUS EEE PC? Jika ya, anda mungkin bermasalah untuk menukar wallpaper pada desktop laptop mini tersebut.
Satu daripada ciri-ciri paling menyusahkan yang Microsoft perkenalkan dalam Windows 7 Starter ialah ketidakupayaannya mengubah wallpaper pada desktop seperti kebiasaannya. Berdasarkan pengalaman, mulanya saya agak pening memikirkan bagaimana caranya untuk menukarkan wallpaper kebiruan (seperti gambar di atas) yang disetkan oleh ASUS/Windows 7 Starter, sangat membosankan setiap hari melihat wallpaper yang sama. Tapi sekarang anda jangan risau kerana sebenarnya ada penyelesaian yang sangat mudah bagaimana untuk mengatasinya.
Terlebih dahulu anda perlu muat turun SYSTEM SETTING UTILITY (klik di sini). Kemudian setelah selesai muat turun dan proses instalasi, klik START, klik ALL PROGRAMS dan cari folder ASUS, klik pada SYSTEM SETTING. Di situ anda boleh mengubah wallpaper desktop anda dengan mudah tanpa sebarang masalah lagi. Siap! Mudah, kan?
Selamat mencuba.



