Tukar Fail Word 2007 ke Word 2003
Thursday, July 22nd, 2010 | Author: Wan

Mungkin anda pernah berhadapan situasi tidak boleh membuka fail Microsoft Office Word, yang terpapar hanya huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang anda langsung tak faham. Kenapa ye? Saya jawab, sebabnya dokumen tersebut telah ditaip dan disimpan (save) menggunakan Microsoft Office Word 2007 (.docx extension), sedangkan pc/laptop anda masih lagi menggunakan Microsoft Office Word 2003.
Apa yang perlu dibuat? Adakah anda perlu bersusah payah mencari perisian Microsoft Office 2007 dan menginstallasikan ke pc/laptop anda? Adakah anda akan kecewa dan akan terus kecewa kerana tiada cara lagi untuk membuka fail tersebut?
Jangan risau, saya ada cadangan penyelesaian untuk anda (hanya kepada yang masih belum tahu). Caranya mudah sahaja, cuma pastikan anda ada talian internet.
Anda hanya perlu layari laman web berikut: doc.investintech.com. Tidak perlu mendaftar, ianya percuma dan tidak perlu memasukkan sebarang alamat emel. Hanya 3 langkah mudah sahaja.
Langkah 1, anda hanya perlu pilih (load) fail Word yang berformat Microsoft Office Word 2007 tersebut. Dan langkah 2, klik butang ‘convert’. Manakala langkah 3, klik pautan (link) yang diberikan. Pautan tersebut akan memberi anda pilihan sama ada membuka fail tersebut atau simpan (save) ke destinasi yang anda mahu.
Nah, selesai. Mudah, kan? Fail tersebut telah ditukar kepada format Microsoft Office Word 2003. Jadi selepas ni jangan risau lagi untuk membuka mana-mana fail Word versi 2007 walaupun pc/laptop anda tidak menggunakan perisian Microsoft Office 2007.
Oh ya, kalau nak tukar fail PDF ke HTML, cuba pautan berikut: pdf.investintech.com
Jumpa lagi, selamat mencuba…




mudah sekarang ni semuanya sudah disediakan..err lawa gambar dalam posting tu, rasa berkenan pulak aku… hehehe, buleh copu ke gu?
boleh… bagi alamat emel, nanti kawe send.