Home

Tips Pergaulan

Friday, January 01st, 2010 | Author:

Tahun baru 2009 telah selamat melabuhkan tirai walaupun kita dikejutkan dengan pelbagai musibah dan dugaan yang menyedihkan. Tapi lazimnya perkara sebegitu sukar dielakkan kerana tempoh setahun adalah satu tempoh yang agak lama.

Semoga azam tahun 2009 telah terlaksana atau sekurang-kurangnya telah dilaksanakan sebahagiannya, jangan langsung tak ditunaikan pulak. Kalau azam yang lepas belum tertunai, lebih baik jangan berazam kalau ianya hanya sebagai tradisi setiap kali datangnya tahun baru.

Alhamdulillah, sepanjang tahun 2009 saya mendapat ramai sahabat-sahabat baru atau kenalan. Mungkin kesan daripada penglibatan saya di forum-forum internet atau laman sosial Facebook. Apa yang paling seronok bila dapat hubungi semula kawan-kawan lama persekolahan dulu, terutama kawan-kawan semasa sekolah rendah. Pada saya, Facebook sangat membantu mencari kawan-kawan lama dan baru, yang negatif bukan kerana wujudnya Facebook tapi siapa yang menggunakannya. Kalau niat kita baik, maka baiklah jadinya, walau apapun yang kita buat. Melainkan kalau sesuatu yang sudah jelas salah dan haram, jauhkan.

Saya nak kongsikan tips bagaimana nak meransang kehebatan dalam perhubungan atau pergaulan kita dengan rakan-rakan. Jadi saya harap ianya dapat membantu anda mendapat kawan-kawan yang ramai nanti, insya Allah.. ada 16 tips yang saya nak kongsikan di sini,

~ Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
~ Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
~ Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
~ Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
~ Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi seseorang.
~ Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
~ Pamerkan perasaan sayang  dan sentiasa sayang menyayangi antara satu sama lain.
~ Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
~ Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
~ Amalkan sunnah harian setiap masa dan insya Allah orang lain akan tertarik kepada kita.
~ Sentiasa bersyukur dan redha di atas pemberian Allah.
~ Sentiasa memberi salam  atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama muslim.
~ Pamerkan simpati kepada setiap individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
~ Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
~ Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan dan keburukan orang lain.
~ Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi dengan doa.

Selamat tahun baru 2010, semoga terus cemerlang dunia dan akhirat. :)

Trackback: Trackback-URL | Comments Feed: RSS 2.0
Category: Renungan & Motivasi

You can leave a response.

Leave a Reply

CommentLuv badge
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes