Tips Supaya Motorsikal Anda Selamat
Sunday, January 24th, 2010 | Author: Wan
Salam buat anda..
Kali ni saya nak post satu entri khas pasal tips supaya motor anda yang baru dibeli tidak terlalu mudah hilang dicuri oleh penyangak. Saya dah serik bila motor Yamaha FZ150i yang baru seminggu dibeli tiba-tiba hilang dalam kawasan pagar rumah sendiri. Mesti ada something wrong ni..
Fikirkan tips di bawah..
1. Jika anda beli motorsikal secara tunai khasnya atau secara ansuran amnya, pastikan anda tak beritahu alamat tempat tinggal anda (di mana motor tersebut bakal disimpan/rumah anda) kepada pihak kedai motorsikal.. sebab mereka boleh curi motorsikal anda bila2 masa saja dengan menggunakan kunci pendua.. ni biasanya kerja pomen kedai motor tu. Bagi saja alamat rumah mak mertua ke, rumah kakak/abang atau rumah mak kat kampung.. lebih selamat. Jangan terlalu MESRA dengan penjual motorsikal tu, nanti banyak rahsia anda dia tahu, termasuk keadaan ciri-ciri keselamatan di rumah anda.
2. Jangan sesekali meninggalkan kunci motorsikal kepada pihak kedai/bengkel motorsikal sama ada untuk dibaiki atau servis, begitu juga jika membasuh motorsikal di kedai cuci kereta/motor.
3. Pasang alarm (walaupun sesetengah pihak kata ianya membazir je). Ingat sebelum kena, ambil yang positif. Tapi agak-agak la.. jangan pula setkan alarm waktu solat Jumaat, bingit telinga kalau berbunyi.. hehe…
4. Kunci back up pada motor bila-bila saja motorsikal anda tak digunakan. Pasang kunci lain seperti kunci mangga, rantai atau sebagainya yang bersesuaian pada tempat-tempat tertentu dan pastikan kunci itu bukan ‘cap ayam’, biar mahal tapi lebih selamat. Sekurang-kurangnya ia mampu melambatkan usaha jahat si penyangak tu merealisasikan impian mereka. Jangan beli atau pasang alarm daripada kedai motorsikal di mana anda beli motorsikal tu.
5. Pastikan insuran yang diambil dapat cover semula kos (atau sebahagian besar) sekiranya motorsikal anda dicuri atau hilang, bayar lebih sikit untuk insuran tidak mengapa daripada anda hanya berputih mata menanggung kerugian yang sangat-sangat banyak.
6. Jangan tinggalkan motorsikal anda di kawasan sunyi atau lorong gelap/terlindung.
7. Jangan harapkan sangat penyangak yang curi motorsikal anda dicekup dan anda dapat semula motorsikal yang hilang, bak kata pegawai penyiasat pada saya.. ” Nasib ler.. jumpa ada, tak jumpa tak de ler..”. Apa punya jawapan entah, tak profesional langsung. Habis tu apa kerja dia ye?
Sekadar itu perkongsian saya (berdasarkan pengalaman pahit dan kejahilan) kepada sesiapa yang bakal membeli motorsikal atau sesiapa yang baru memilikinya. Pengalaman pahit saya terlalu banyak memberi pengajaran. Elakkan berlaku kepada anda.
Category: Topik Bebas | 2 Comments




