Home

Tag-Archive for » perkahwinan «

Yus & Mazli ~ Kuantan

Sunday, December 06th, 2009 | Author: Wirasutra

Alhamdulillah. Walaupun letih tapi rasa sangat lega. Selama 3 hari 2 malam kami berada di Kuantan untuk merakamkan majlis akad nikah dan persandingan Yus & Mazli. Terima kasih atas kepercayaan kepada pihak kami Shutterexposure Photography merakamkan memori indah perkahwinan kalian, dan kami sangat berbesar hati kerana support kami bermalam dengan selesa di Hotel Mega View, Kuantan. Terima kasih kepada famili anda yang tersangat sporting dan terlalu banyak membantu.. terutama bila kereta kami rosak malam tu.. hehe.. :)

Kali pertama kami shoot majlis perkahwinan dalam cuaca hujan yang sangat lebat, tapi syukur majlis berjalan lancar dan tetamu tetap ramai yang hadir.

Kunjungi kami di shutterexposure.com

Kunjungi kami di shutterexposure.com

Kunjungi kami di shutterexposure.com

Semoga berbahagia buat Yusnieza & Mazli. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Album akan menyusul, tunggu… ;)

Category: Fotografi | Leave a Comment

Hakikat Perkahwinan

Wednesday, December 02nd, 2009 | Author: Wirasutra

Musim cuti sekolah akhir tahun.. apa lagi yang sinonim jika tidak musim tengkujuh dan majlis-majlis perkahwinan. Saya ada job fotografi di Kuantan pada 5 haribulan, tahniah awal daripada saya buat Yus & Mazli, semoga berbahagia. Tidak lupa kepada Dzul Azri & isteri, semoga cepat dapat baby.. :)

Apa kata jika kita berbicara sedikit tentang topik perkahwinan, sekadar renungan buat bakal pengantin, juga yang dah lama jadi pengantin. :twisted:

Tujuan Perkahwinan
Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani mahupun rohani. Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya tak mudah dilupakan bagi orang-orang beriman. Ijab bermaksud penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami. Qabul pula bermaksud tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu. Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.

Walimatul Urus
Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:

1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah
2. Menghindari daripada perbuatan membazir
3. Mengundang fakir miskin

Hikmah Perkahwinan
Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira mahupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaan pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki (suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang solehah ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tiada (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka…” (An-Nisa’:34)

Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik adalah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya ketika suami tiada di rumah.

Perkahwinan yang disyariatkan Islam, selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami mahupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.

Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina
Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang sah keturunan kandungannya. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil dengan sebab-sebab perzinaan. Menurut Mazhab Hanafi, perkahwinan itu sah tetapi belum boleh bersama selagi kandungan belum lahir, kecuali kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri. Menurut Mazhab Hambali, perempuan yang berzina, baik hamil atau tidak, tidak boleh dikahwini oleh lelaki yang tahu keadaannya itu.

Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya tidak boleh dikahwini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau hamil kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).

Mengetahui Masa subur isteri
Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya adalah berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan tubuh badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:

a. Masa haid
b. Masa bersih pertama, kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
c. Masa subur, kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan mengberhentikan kedatangan haid.
d. Masa bersih kedua, masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersih kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru. Ringkasnya, minggu 1, 2 dan 4 adalah minggu kosong, tetapi minggu ke 3 adalah minggu subur.

Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, utk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari, 30 hari ataupun 32 hari. Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum ‘masa subur’ dan 2 X 24 jam sesudah ‘masa subur’. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas ‘masa subur’, masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu. Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari – jumlah hari subur.

Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru. Wallahuallam. ;)

Category: Renungan & Motivasi | Leave a Comment

Persandingan Nadia & Nadhirah

Sunday, October 25th, 2009 | Author: Wirasutra

Alhamdulillah, lega rasanya.. album pelanggan siap. Biasalah, bila berurusan dengan pelanggan, dah tentu keutamaan adalah pelanggan. Tentunya kita mengharapkan hasil yang terbaik, apa lagi pelanggan. :P

Semoga berbahagia buat adik beradik Nadia & Nadhirah. :)

Category: Fotografi | Leave a Comment

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes