Home

Tag-Archive for » percuma «

Ebook Percuma – Khas Untuk Fotografer Baru

Saturday, June 12th, 2010 | Author: Wirasutra

Kebelakangan ni ramai juga di kalangan rakan-rakan saya yang sangat berminat dengan fotografi. Ada yang dah memiliki kamera kompak (compact), malah ada juga yang sudah membeli DSLR tapi masih tak tahu menggunakan sepenuhnya. Dan ada juga yang sangat berminat tapi belum cukup rezeki untuk memiliki sebuah kamera DSLR, maklumlah harga sebuah DSLR bukannya murah. Apapun sabarlah, jangan pulak cita-cita belum tercapai, minat dah makin luntur. Banyak lagi cara untuk meneroka bidang fotografi ni. Kamera kompak pun akan menghasilkan foto yang superb kalau ada ilmu fotografi selengkapnya… gajet yang canggih hanya membantu memperhebatkannya saja. Cuma pastikan ‘passion’ sentiasa bersama, jangan ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’. :)

Baiklah, sebenarnya entri saya kali ni bukan nak berceloteh panjang pasal fotografi atau memberikan apa-apa review berkaitan gajet fotografi. Entri saya kali ni nak berikan ebook percuma kepada anda (jika berminat) dan mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi. Banyak buku di pasaran berkaitan dengan pengenalan asas fotografi, malah di internet juga terdapat banyak laman web yang memberi panduan tentang ilmu fotografi.. cuma berdasarkan pengalaman saya, agak meletihkan untuk melayari satu-satu laman web atau paparan mencari topik yang pelbagai. Ebook ini mengumpulkan semua kemahiran asas fotografi, termasuk tips pemilihan kamera Digital SLR yang sesuai dengan anda. Semuanya dikumpulkan dalam satu ebook ini.

Anda boleh klik link di bawah untuk download ebook ini (secara percuma sahaja):

www.shutterexposure.com

Ebook ini berbahasa inggeris dan berbentuk kompilasi topik yang telah disusun mengikut kemahiran. Selamat mendownload, selamat membaca dan selamat berfotografi…. ;)

Category: Fotografi | Leave a Comment

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes