Home

Tag-Archive for » mueller «

Fifa World Cup | South Africa 2010 ke Brazil 2014

Monday, July 12th, 2010 | Author:

Minit ke-116 (masa tambahan) menobatkan Sepanyol (Spain)  sebagai juara baru edisi bola sepak Piala Dunia 2010 (2010 Fifa World Cup South Africa) dengan mengalahkan pasukan Belanda (Netherlands) di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan apabila pemain tengah Sepanyol iaitu Andres Iniesta daripada Kelab Barcelona telah menjaringkan gol keramat pasukannya untuk membawa pulang trofi emas Piala Dunia ke Sepanyol.  Gol itu juga merupakan jaringan keseluruhan yang ke-145 sepanjang kejohanan piala dunia 2010.

Kejohanan kali ini menyaksikan Diego Forlan (Uruguay) dinobatkan sebagai pemain terbaik (Adidas Golden Ball) menewaskan Wesley Sneijder (Netherlands) dan David Villa (Spain), manakala  Thomas Mueller (Germany) dinobatkan sebagai penjaring terbanyak (Adidas Golden Boot) dengan menjaringkan 5 gol dalam 6 perlawanan, walaupun menjaringkan jumlah gol yang sama dengan David Villa (Spain) dan Wesley Sneijder (Netherlands), namun kelebihan beliau membantu rakan untuk menjaringkan 3 gol membuatkan Thomas Mueller lebih layak memenangi gelaran tersebut. Penjaga gol terbaik (Adidas Golden Glove) telah dinobatkan kepada Iker Casillas (Spain) kerana hanya memboloskan 2 gol sepanjang kejohanan. Pemain berusia 21 tahun, Thomas Mueller (Germany) juga telah dinobatkan sebagai pemain harapan (Hyundai Best Young Player).

Malah lagi menarik apabila pasukan Sepanyol juga dinobatkan sebagai pasukan terbersih (Fifa Fair Play Award) kerana hanya memperoleh 8 kad kuning, walaupun Korea DPR hanya mendapat 2 kad kuning sahaja, malangnya mereka hanya bermain untuk 3 perlawanan.

Tidak kiralah siapa yang meramalkannya, sama ada seekor sotong bernama Paul atau burung nuri bernama Mani.. yang pastinya kejohanan berprestij itu telah berakhir di Afrika Selatan dan kita bakal menyaksikan kejohanan yang sama 4 tahun akan datang di negara Brazil pula tahun 2014 nanti (itu pun kalau dipanjangkan umur). Apapun situasinya.. kita hanya mampu menyokong negara orang, bila agaknya pasukan bola sepak Malaysia akan mampu berada seiring dalam kejohanan prestij itu. Hanya masa yang menentukan. ;)

Semoga tiada yang dibuang kerja atau dipotong gaji dek kerana terlalu fanatik kepada bola sepak piala dunia kali ni. Tingkatkan prestasi kerja dan jadilah yang terbaik.

P.S : Tak sabar tunggu perlawanan Liga Super pasukan Kelantan lawan pasukan Kuala Lumpur pada 17 Julai nanti selepas seri 1-1 dengan pasukan Selangor. Mampukah Selangor bertahan di tangga teratas? :)

Kemaskini 18 Julai – Tahniah Kelantan berjaya menewaskan KL 2-0. :)

Category: Topik Bebas | 4 Comments

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes