Hilang, Lapor & Diam
Saturday, January 16th, 2010 | Author: Wan
Sedih ada.. terkilan pun ada.
Tapi saya sedar, siapa yang mampu melawan takdir Allah Taala. Dan siapa saya yang hanya sebagai rakyat Malaysia yang biasa-biasa ini..
Tak sangka motor yang saya ceritakan dalam post sebelum ni telah pun hilang.. sangat malang bila dicuri dalam pagar berkunci di porch. Baru lebih seminggu beli dan baru 2 kali petrol diisi. Walau apapun, saya masih berharap dan berdoa pada Allah mudah-mudahan motor dikembalikan semula dalam keadaan baik dan pencurinya diberi pengajaran atas perbuatan yang dibuat.
Saya masih terkilan dengan sikap pihak berkuasa bila laporan dibuat, tiada usaha untuk mendapatkan siasatan terperinci di tempat kejadian (sedangkan kunci mangga dipotong dan pencerobohan di dalam kawasan rumah berlaku) dan mereka seolah-olah hanya menyerahkan kepada pihak insuran membuat gantirugi atas kehilangan. Laporan dibuat sekadar untuk memudahkan urusan tuntutan saja, sedangkan saya mengharapkan pencuri tersebut ditangkap dan dihukum atas perbuatannya. Bukankah sikap begini mendorong kepada pencuri melakukan kerja hina ini lagi dan lagi? Senang-senang mereka dapat habuan curi tanpa risau mereka akan dikesan oleh pihak berkuasa kerana mereka tahu tiada tindakan susulan pihak berkuasa yang boleh mengancam mereka. Dan jawapan yang mudah daripada mulut seorang pegawai penyiasat, “Nasiblah encik.. kalau dapat semula, dapatlah..”.
Kadangkala terfikir saya, sejauhmana sebenarnya kita menjalankan tugas yang diamanahkan?
Category: Topik Bebas | Leave a Comment





