| Subcribe via RSS

Pilihan Rakyat Malaysia, Friendster

October 27th, 2008 | 1 Comment | Posted in KOMPUTER/INTERNET

Apa Friendster tu? Jika soalan itu terpacul daripada mulut anda, semestinya anda bukan ‘kaki internet’. Kanak-kanak yang masih di alam sekolah rendah pun dah ada Friendster, mana mungkin orang dewasa tidak tahu apa yang tersirat di sebalik nama tu? Mungkin ada, jika dia seseorang yang tidak mengenali dunia internet, tapi sudah tentu bukan kepada ‘penggila’ internet.

Ia adalah laman web ke tujuh terbesar di dunia serta rangkaian sosial nombor satu di Asia, Friendster Inc. mengumumkan www.friendster.com sebagai laman bersosial nombor 1 di Malaysia.

Menurut agensi pengukuran Internet terkenal ComScore.com, Friendster menerima pelawat 4X ganda lebih ramai berbanding laman Facebook. malah, rangkaian Friendster juga lebih terkenal daripada laman Myspace di Malaysia.

Laporan daripada Newscom.com pula, Friendster menerima 3,024,000 pelawat unik pada Mei 2008. Manakala Facebook dan Myspace masing-masing sebanyak 758,000 dan 735,000.

Purata pengunjung unik Friendster mengikut lingkungan umur pula adalah:

1. Umur 15 hingga 24 tahun, Friendster menerima lima kali lebih besar berbanding Facebook dan empat kali lebih besar berbanding Myspace. 1,700,000 yang melawat Friendster, Facebook sebanyak 325,000 dan Myspace pula 386,000.

2. Umur 25 hingga 34 tahun, dianggarkan sebanyak 2.5 kali lebih besar berbanding Facebook dan 4.5 berbanding Myspace. Sebanyak 727,000 pengunjung unik Friendster, 253,000 Facebook dan 156,000 Myspace.

3. Umur 35 hingga 44 tahun, pelawat Friendster 3 kali lebih besar berbanding Facebook dan Myspace. hampir 348,000 pelawat unik di Friendster, Facebook 110,000 dan Myspace 105,000.

4. Manakala umur 45 tahun hingga 54 tahun, pelawat unik Friendster berkurangan menjadi 131,000 manakala Facebook sebanyak 47,000 dan MySpace 37,000.

Menurut Jeff Roberto (Pengarah Pemasaran dan Pegawai Perhubungan Friendster), Malaysia terkenal sebagai pelawat paling ramai di Friendster kerana kebanyakan pengguna Internet di Malaysia melawat Friendster setiap bulan.

Data ComScore pula menunjukkan mereka ini dikalangan remaja berumur 16 tahun, pelajar kolej serta ahli profesional antara 20-an dan 40-an. Terdapat pengguna yang mengakses Friendster daripada peralatan mudah alih dan kafe Internet namun data ComScore tidak dapat mengakses trafik terbabit walaupun sebenarnya pelawat di kalangan ini memang ramai di Malaysia.

Tiga suku pengguna Facebook memasuki Friendster dan lebih tiga suku pengguna MySpace juga berbuat demikian.

Friendster turut mendahului rangkaian sosial lain di Malaysia yang pertama menyediakan laman Bahasa Melayu dan laman khas untuk telefon bimbit iaitu m.friendster.com yang berbahasa Melayu. Namun demikian, harus diingat bahawa keseronokan bersosial seumpama ini akan lebih membawa padah jika tiada pemantauan dan keprihatinan daripada ibubapa. Jika di sekolah, access ke laman sosial disekat oleh pihak bertanggungjawab atas tujuan itu. Satu langkah yang cukup bijak.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags: , , , , ,

Minyak Turun Atau Naik Darah?

September 16th, 2008 | No Comments | Posted in ISU SEMASA

Nampaknya tidak kira walau di mana situasinya, berita hangat adalah tarikh 16 September 2008. Lihat saja berita TV, dengar saja radio malah baca di dada akhbar bersaiz besar atau kecil, para wartawan tentunya dianggap ketinggalan jika tidak mengupas tentang 16 September yang diperkatakan oleh DS Anwar Ibrahim.

Saya menunggu bakal sejarah itu, adakah benar atau sekadar gimik politik. Malah siapa saja sebagai warga Malaysia yang prihatin dengan politik negara sudah tentu menanti apa kesudahannya. Anda parti apa, itu bukan soalnya.

Saya gunakan tajuk Minyak Turun atau Naik Darah bermaksud jika benar kerajaan bertukar tangan, maka janji DS Anwar Ibrahim akan menurunkan serta-merta harga minyak, namun bagaimana jika kenyataan itu hanya tinggal sindiran golongan tertentu saja dan tiada perubahan yang berlaku kepada pimpinan negara? Tentu ramai yang akan naik darah dan marah kerana seolah-olah memperkotak-katikkan rakyat semata-mata hanya menggunakan gimik politik sebegitu.

Jangan dipersoalkan saya di pihak mana. Tapi sebagai rakyat Malaysia saya mempunyai semangat berkobar-kobar melihat kebenaran atau tidaknya sejarah itu tercipta…

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags: , , , , , ,

Senarai Kabinet Malaysia 2008

March 20th, 2008 | No Comments | Posted in ISU SEMASA

Berikut senarai penuh barisan kabinet Malaysia selepas Piliharaya Umum ke - 12 baru-baru ini:

Perdana Menteri :
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri :
Datuk Seri Najib Tun Razak

Kementerian di Jabatan Perdana Menteri

Menteri :
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Seri Nazri Aziz
Datuk Ahmad Zahid HamidiDatuk Mohd Zaid Ibrahim
Datuk Amirsham Abdul Aziz

Timbalan Menteri :
Datuk Johari Baharom
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk K Devamany
Datuk Hassan Malik

Kementerian Kewangan

Menteri :
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Menteri Kewangan Kedua :
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan Menteri :
Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Datuk Kong Cho Ha

Kementerian Pertahanan

Menteri :
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Menteri :
Datuk Wira Abu Seman Yusop

Kementerian Dalam Negeri

Menteri :
Datuk Seri Syed Hamid Albar

Timbalan Menteri :
Datuk Chor Chee Heong
Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri :
Datuk Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri :
Datuk Robert Lau
Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kerja Raya

Menteri :
Datuk Mohd Zin Mohamad

Timbalan Menteri :
Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

Menteri :
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri :
Datuk Joseph Salang Gandum

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri :
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri :
Datin Paduka Rohani Abdul Karim

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri :
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri :
Loh Wei Keong
Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Luar

Menteri :
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Timbalan Menteri :
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar

Kementerian Pelajaran

Menteri :
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan Menteri :
Datuk Wee Ka Siong
Datuk Razali Ismail

Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri :
Datuk Khaled Nordin

Timbalan Menteri :
Khoo Kok Choong
Datuk Idris Harun

Kementerian Pengangkutan

Menteri :
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri :
Anifah Aman

Kementerian Sumber Manusia

Menteri :
Datuk S Subramaniam

Timbalan Menteri :
Datuk Noraini Ahmad

Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga

Menteri :
Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan Menteri :
Noriah Kasnon

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Menteri :
Datuk Shafie Apdal

Timbalan Menteri :
Datuk Teng Boon Soon

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri :
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan Menteri :
Fadilah Yusof

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Menteri :
Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri :
Datuk Saiffuddin Abdullah

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri :
Datuk Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri :
Datuk Abu Ghapur Salleh

Kementerian Luar Bandar dan Wilayah

Menteri :
Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Timbalan Menteri :
Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Menteri :
Datuk Shahrir Samad

Timbalan Menteri :
Jelaing Mersat

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri :
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri :
Senator A Kohilan

Kementerian Belia dan Sukan

Menteri :
Datuk Ismail Sabri Yaacob

Timbalan Menteri :
Wee Jack Seng

Kementerian Kesihatan

Menteri :
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri :
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Penerangan

Menteri :
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri :
Datuk Tan Lian Hoe

Kementerian Pelancongan

Menteri :
Datuk Azalina Othman Said

Timbalan Menteri :
Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abu Taib

Kementerian Wilayah Persekutuan

Menteri :
Datuk Zulhasnan Rafique

Timbalan Menteri :
M Saravanan

Senarai bergambar boleh rujuk di sini.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags: , , , , , ,

eBay Malaysia

December 14th, 2007 | 2 Comments | Posted in BLOG/WEB, KOMPUTER/INTERNET

Anda tentunya sudah tahu tentang eBay.com, bukan? Mungkin anda hanya sekadar pernah mendengar tapi tidak pernah berurusan dengan proses jual beli di sana. Kali ni, sebagai rakyat Malaysia anda berpeluang untuk menjual dan membeli dengan lebih mudah dengan adanya eBay Malaysia. eBay Malaysia menggunakan nilai harga berdasarkan RM (Ringgit Malaysia). Anda boleh membeli-belah untuk apa saja barangan berdasarkan kategori yang telah dilabelkan, memudahkan untuk anda memilih apa yang anda cari.

Sebenarnya ianya tiada banyak bezanya dengan eBay.com, yang berbeza ialah barang/item yang dijual adalah dari orang Malaysia dan nilai yang ditawarkan menggunakan nilai matawang RM (Ringgit Malaysia). Malah, ada penjual/seller yang membolehkan cara pembayaran dilakukan dengan menggunakan bank tempatan seperti Maybank2U dan seumpamanya.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di web tersebut, sila berkunjung ke web eBay Malaysia dan anda lihat sendiri apa kandungannya. Alamat web eBay Malaysia ialah www.ebay.com.my :)

 

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

 

Ebook Panduan Mudah FTP
Menerangkan satu persatu bagaimana cara untuk meng’upload’ fail ke internet. Satu-satunya dalam Bahasa Melayu.
Pek ‘Bundle’ CoolWeb v1.0
Koleksi perisian & ebook untuk menjadikan web lebih terkenal di mata pengunjung!

 

Tags: , , ,