| Subcribe via RSS

Ebook Percuma Untuk Kesihatan Anda

January 3rd, 2008 | 2 Comments | Posted in PERCUMA

Jumpa lagi, bagaimana kesihatan anda hari ini? Kali ni saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda. Ianya sangat dan sangat bernilai. Hrmm… adakah anda seorang yang mementingkan kesihatan diri? Sudah tentu ya, bukan? Kalau ya, saya sangat menggalakkan untuk anda mendapatkan sebuah ebook yang dihasilkan oleh Mohd. Rozmie bin Mat Daud a.k.a JimieRay berjudul Tips, Nasihat dan Jaga Kesihatan. Tanpa perlu membayar, ianya diberi secara PERCUMA saja.

Ketahui perkara-perkara penting yang wajib untuk diambil kisah jika anda mahu hidup lebih lama dengan bahagia dan penuh keceriaan!

Apa yang terkandung dalam ebook ini? Berikut antara isi kandungan yang terkandung dalam ebook menarik ini:

- Tujuh kaedah terbukti yang dapat memanjangkan usia kehidupan anda.

- Enam perkara kritikal yang wajib diketahui mengenai pemakanan yang sihat.

- Enam sebab utama kenapa anda memerlukan makanan tambahan.

- Menarik: Cara mengira kalori yang diperlukan oleh badan anda! Apabila anda tahu perkara ini, bermakna anda akan tahu apa yang perlu dilakukan untuk memiliki badan yang sihat, cergas dan lebih berdaya tahan.

- PENTING - Ujian Tekanan Kerja: Sejauh manakah tekanan di dalam usaha pekerjaan anda? Lakukan ujian ini dengan menjawab beberapa soalan yang mudah. Anda perlu tahu tahap tekanan yang anda hadapi agar anda boleh mengawal kehidupan dengan sempurna.

- Empat cara mudah tetapi berkesan untuk “melegakan” stress yang dihadapi.

- BONUS: Senaman ‘ajaib’ yang memberikan tenaga, kesihatan dan kecergasan yang tinggi tanpa perlu mengambil apa-apa pil dan rawatan yang berkos tinggi!

- Peluang untuk memenangi hadiah yang amat lumayan! Maklumat lanjut akan diberikan selepas anda mendapatkan ebook di laman web ini.

Tempoh pemberian percuma ini hanya dalam tempoh yang terhad saja. Jadi jika berminat, anda perlu mendapatkannya hari ini juga sebelum terlambat.

Untuk mendapatkan ebook percuma yang saya maksudkan ini, sila dapatkan di

http://offto.net/jagakesihatan

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Tags: , , ,

Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam

October 3rd, 2007 | No Comments | Posted in ISLAM, PANDUAN

Seperti yang kita sedia maklum, makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

MADU

* Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai shifa iaitu penyembuh penyakit.
* Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
* Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
* Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
* Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

KISMIS

* Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
* Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.

SUSU SEGAR

* Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
* Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
* Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
* Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
* Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

TELUR

* Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
* Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
* Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
* Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
* Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.

HALIA

* Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

LIMAU OREN

* Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
* Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

DAGING BURUNG MERPATI

* Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
* Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya

DAGING AYAM - tapi sekarang ni hati²… :D

* Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
* Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

DAGING BIRI-BIRI

* Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

HATI

* Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG

* Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
* Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM

* Untuk meningkatkan kecerdasan.

KEMENYAN PUTIH (Kemenyan Serani/Luban/Kundar)

* Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula

BUNGA KOBIS

* Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

BUNGA CENGKIH

* Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

LABU

* Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

* Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI

* Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR

* Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori

Sumber : Majalah estidotmy Keluaran Mac

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,