| Subcribe via RSS

Pilihan Rakyat Malaysia, Friendster

October 27th, 2008 | 1 Comment | Posted in KOMPUTER/INTERNET

Apa Friendster tu? Jika soalan itu terpacul daripada mulut anda, semestinya anda bukan ‘kaki internet’. Kanak-kanak yang masih di alam sekolah rendah pun dah ada Friendster, mana mungkin orang dewasa tidak tahu apa yang tersirat di sebalik nama tu? Mungkin ada, jika dia seseorang yang tidak mengenali dunia internet, tapi sudah tentu bukan kepada ‘penggila’ internet.

Ia adalah laman web ke tujuh terbesar di dunia serta rangkaian sosial nombor satu di Asia, Friendster Inc. mengumumkan www.friendster.com sebagai laman bersosial nombor 1 di Malaysia.

Menurut agensi pengukuran Internet terkenal ComScore.com, Friendster menerima pelawat 4X ganda lebih ramai berbanding laman Facebook. malah, rangkaian Friendster juga lebih terkenal daripada laman Myspace di Malaysia.

Laporan daripada Newscom.com pula, Friendster menerima 3,024,000 pelawat unik pada Mei 2008. Manakala Facebook dan Myspace masing-masing sebanyak 758,000 dan 735,000.

Purata pengunjung unik Friendster mengikut lingkungan umur pula adalah:

1. Umur 15 hingga 24 tahun, Friendster menerima lima kali lebih besar berbanding Facebook dan empat kali lebih besar berbanding Myspace. 1,700,000 yang melawat Friendster, Facebook sebanyak 325,000 dan Myspace pula 386,000.

2. Umur 25 hingga 34 tahun, dianggarkan sebanyak 2.5 kali lebih besar berbanding Facebook dan 4.5 berbanding Myspace. Sebanyak 727,000 pengunjung unik Friendster, 253,000 Facebook dan 156,000 Myspace.

3. Umur 35 hingga 44 tahun, pelawat Friendster 3 kali lebih besar berbanding Facebook dan Myspace. hampir 348,000 pelawat unik di Friendster, Facebook 110,000 dan Myspace 105,000.

4. Manakala umur 45 tahun hingga 54 tahun, pelawat unik Friendster berkurangan menjadi 131,000 manakala Facebook sebanyak 47,000 dan MySpace 37,000.

Menurut Jeff Roberto (Pengarah Pemasaran dan Pegawai Perhubungan Friendster), Malaysia terkenal sebagai pelawat paling ramai di Friendster kerana kebanyakan pengguna Internet di Malaysia melawat Friendster setiap bulan.

Data ComScore pula menunjukkan mereka ini dikalangan remaja berumur 16 tahun, pelajar kolej serta ahli profesional antara 20-an dan 40-an. Terdapat pengguna yang mengakses Friendster daripada peralatan mudah alih dan kafe Internet namun data ComScore tidak dapat mengakses trafik terbabit walaupun sebenarnya pelawat di kalangan ini memang ramai di Malaysia.

Tiga suku pengguna Facebook memasuki Friendster dan lebih tiga suku pengguna MySpace juga berbuat demikian.

Friendster turut mendahului rangkaian sosial lain di Malaysia yang pertama menyediakan laman Bahasa Melayu dan laman khas untuk telefon bimbit iaitu m.friendster.com yang berbahasa Melayu. Namun demikian, harus diingat bahawa keseronokan bersosial seumpama ini akan lebih membawa padah jika tiada pemantauan dan keprihatinan daripada ibubapa. Jika di sekolah, access ke laman sosial disekat oleh pihak bertanggungjawab atas tujuan itu. Satu langkah yang cukup bijak.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags: , , , , ,

Tak Habis-Habis, Apa Lagi Diorang Nak?

January 13th, 2008 | 2 Comments | Posted in SEMBANG

Huh, geram pun ada tapi kelakar pun ada la juga. Tak habis² diorang ni ‘menghentam’ Malaysiaku tercinta ini. Apa yang diorang nak pun saya tak tahu. Sedar ke mereka ni sejumlah mana umat indonesia yang ‘mencari rezeki’ di Malaysia ni (yang kononnya mereka gelarkan negara kita ni anjing!!).

Saya sedang berbicara tentang ‘kehebatan’ dan juga ‘kepengecutan’ sebahagian warga Indonesia mencaci dan menghina Malaysia ni. Ingatkan dah reda, tapi rupanya masih ‘lantang’. Sejauh mana mentaliti mereka ni ye? :)

Anda boleh lihat laman friendster ini dan nilaikan sendiri…

http://profiles.friendster.com/abehedly

Saya pernah menyuarakan kekesalan tentang hal ini pada post yang dulu..

http://wirasutra.com/blog/batal-download-e-book-novel-percuma

Anda juga boleh baca post tentang perkara yang sama di sini…

http://afham.blogmas.com/2008/01/12/suara-rakyat-malaysia/

Edit : Hrmm.. nampaknya friendster ‘kawan’ kita tu dah kena suspended. :D

So, sekali lagi saya tujukan lagu ini buat segelintir warga Indonesia (berfikiran sempit) yang ‘melampau’…

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Panduan Asas WordPress
Panduan membina blog sendiri dengan langkah yang mudah, langkah demi langkah!
Seminar Perniagaan Internet
Ketahui teknik-teknik rahsia usahawan-usahawan internet yang berjaya.

Tags: , ,

Sejauh Mana Jujurnya Kita Berblog?

November 13th, 2007 | 3 Comments | Posted in BLOG/WEB, CUIT-CUIT, KOMPUTER/INTERNET, SEMBANG

Melihat kepada kartun ini terfikir saya satu persoalan, sejauh mana bloggers bersikap jujur di dalam penulisan blog mereka? Adakah setiap penulisan mereka (termasuk saya) adalah sebenar-benarnya benar atau sekadar coretan yang bukannya mencerminkan peribadinya sebenar.

Kata orang dunia internet ni jangan dipercaya sangat, contohnya di ruangan Friendster atau MySpace dan seumpamanya, termasuklah blog. Kalau dulu blog memang lebih terkenal dengan catatan harian semata-mata atau diari, tapi sekarang sudah jauh berbeza. Blog sudah menjadi pentas untuk pemasaran barangan, dan sebagai usahawan internet… adakah kita masih perlu berbohong? Masih ragu² untuk meletakkan alamat e-mel dan masih takut untuk memberikan nombor telefon supaya senang dihubungi oleh pelanggan atau bakal pelanggan?

Setiap kali mendaftar sebagai ahli affiliate (agen), kita perlu mengisi borang yang lengkap termasuk wajib memasukkan nombor telefon, tetapi terdapat ramai usahawan kita sendiri yang tidak menyatakan nombor telefon mereka di dalam laman web jualan. Adakah itu dianggap sebagai seorang usahawan yang jujur? ;)

Sebagai contoh, saya yakin SmartZul adalah seorang usahawan yang jujur dalam memasarkan produknya kerana beliau secara terang meletakkan nombor telefon untuk dihubungi pada permulaan web jualannya > Panduan Asas Membina Blog WordPress

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Tags: , , , , ,

Friendster Skin

August 2nd, 2007 | No Comments | Posted in KOMPUTER/INTERNET

Siapa yang newbie untuk friendster dan berhasrat nak tukar skin untuk friendster, cuba pilih pelbagai skin menarik di laman web ini > http://www.freefriendsterskins.com. Jadi tak la memboringkan sangat bila tengok skin friendster kita, hanya copy/paste saja kod yang diberikan. Cukup mudah. :) Selamat mencuba…

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Tags: , , ,