| Subcribe via RSS

Sejauh Mana Jujurnya Kita Berblog?

November 13th, 2007 Posted in BLOG/WEB, CUIT-CUIT, KOMPUTER/INTERNET, SEMBANG

Melihat kepada kartun ini terfikir saya satu persoalan, sejauh mana bloggers bersikap jujur di dalam penulisan blog mereka? Adakah setiap penulisan mereka (termasuk saya) adalah sebenar-benarnya benar atau sekadar coretan yang bukannya mencerminkan peribadinya sebenar.

Kata orang dunia internet ni jangan dipercaya sangat, contohnya di ruangan Friendster atau MySpace dan seumpamanya, termasuklah blog. Kalau dulu blog memang lebih terkenal dengan catatan harian semata-mata atau diari, tapi sekarang sudah jauh berbeza. Blog sudah menjadi pentas untuk pemasaran barangan, dan sebagai usahawan internet… adakah kita masih perlu berbohong? Masih ragu² untuk meletakkan alamat e-mel dan masih takut untuk memberikan nombor telefon supaya senang dihubungi oleh pelanggan atau bakal pelanggan?

Setiap kali mendaftar sebagai ahli affiliate (agen), kita perlu mengisi borang yang lengkap termasuk wajib memasukkan nombor telefon, tetapi terdapat ramai usahawan kita sendiri yang tidak menyatakan nombor telefon mereka di dalam laman web jualan. Adakah itu dianggap sebagai seorang usahawan yang jujur? ;)

Sebagai contoh, saya yakin SmartZul adalah seorang usahawan yang jujur dalam memasarkan produknya kerana beliau secara terang meletakkan nombor telefon untuk dihubungi pada permulaan web jualannya > Panduan Asas Membina Blog WordPress

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

3 Responses to “Sejauh Mana Jujurnya Kita Berblog?”

  1. SyedHafidz Says:

    kajujuran memang pentign utk menumbuhkan keyakinan pelanggan utk membeli produk yang kita jual..
    saya bersetuju dengan pandangan saudara wirasutra..
    smartzul salah seorang yang boleh dijadikan contoh..
    saya mengikut jejak langkah beliau dengan meletakkan no telefon pada laman web jualan saya (www.rajaaffiliate.com) sebagai tanda saya mudah dihubungi oleh pelanggan..
    Alhamdulillah jualan meningkat..
    pelanggan lebih yakin dengan produk yang kita jual..


  2. Wirasutra Says:

    saya harap usahawan lain juga berbuat demikian kerana memang masih ada sebilangan usahawan yang seolah ‘melepaskan batuk ditangga’, dan saya sendiri pun kurang yakin untuk menjadi agen, apatah lagi membeli produknya.


  3. hafiza Says:

    dalam perniagaan sememangnye kejujuran sesuatu aspek yang penting

    Regards,
    hafiza
    Internet Marketing company since 2000


Leave a Reply