Penuhi Syarat Google Adsense
![]()
Rasanya ramai yang belum mengenali siapa saya kerana saya mula aktif dalam dunia blog ini secara ‘lebih’ serius bermula Julai yang lepas. Namun demikian, dalam dunia perniagaan internet, saya bukanlah baru. Cuma saya hanya mulakan perniagaan tersebut sendiri tanpa sebarang panduan. Dan bisnes yang yang lakukan adalah bisnes produk yang berbentuk fizikal. Anda boleh lihat web bisnes saya yang pertama di sini : www.khazanahminda.wirasutra.com
Alhamdulillah, perniagaan saya itu berjalan lancar dan masih dapat beroperasi sehingga sekarang. Tapi, setelah membaca panduan tentang internet marketing (dari sumber tempatan atau luar negara) ada beberapa kesilapan yang saya lakukan yang perlu saya perbaiki. Saya bukan nak membicarakan tentang kesilapan saya tu sekarang kerana ada topik lain yang saya nak kongsi di dalam penulisan kali ni.
Saya ingin maklumkan terlebih dulu bahawa blog saya lebih sesuai untuk newbie dalam internet marketing, maksudnya bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet, kerana saya juga adalah newbie. Jika anda seorang yang sudah mahir atau sudah layak bergelar sifu, saya harap anda dapat berkongsi pandangan dan nasihat di sini… saling berkongsi ilmu secara ihklas, dan bukan hanya bertujuan untuk mempromote web atau produk semata-mata.
Oh ya, saya nak beritahu kepada anda yang baru mula mengenali tentang Google Adsense, jangan bermimpi nak menjana pendapatan melalui pengiklanan itu jika blog atau web anda pengisiannya hanya dalam bahasa melayu. Anda hanya membuang masa saja dan hanya sekadar memenuhkan ruang blog/web anda saja. Lebih baik anda menyertai program affiliate dan mengisi ruang-ruang itu dengan banner affiliate yang anda sertai.
Saya bukan seorang yang pakar tapi sekadar berkongsi pengalaman. Saya menyebut tentang perkara ini kerana saya pernah mengalaminya dan sepanjang saya menziarah di kebanyakkan blog baru, saya menemui blog-blog yang meletakkan iklan Google Adsense ini yang hanya memaparkan ‘Iklan Layanan Masyarakat Oleh Google’. Dan blog mereka dalam bahasa melayu. Anda memang berpeluang menjana pendapatan lumayan dari Google Adsense jika anda mengisi blog anda dalam bahasa inggeris atau mana-mana bahasa yang diterima oleh Google (anda boleh rujuk di laman web Google Adsense). Jika tidak, terus terang saya nak katakan yang anda hanya membuang masa dan ruang sahaja. Jangan hanya seronok membaca kehebatan Google Adsense yang diceritakan oleh ramai orang sedangkan kita tidak memenuhi syarat-syarat yang diberikan.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!
|



