| Subcribe via RSS

Puasa

September 14th, 2008 | No Comments | Posted in SEMBANG

Terpaksa tukar tema blog, yang lama agak pening lalat dibuatnya. Tapi tak pasti yang ni boleh bertahan lama atau tidak. Susah juga kalau ada sikap mudah jemu ni.

Alhamdulillah puasa dah separuh kita tunaikan. Nampaknya masjid dan surau semakin berkurang jemaahnya. Ke mana ye? Sepatutnya masa nilah perlu ditambah amal dan bukannya sudah mula sibuk membeli pakaian raya. Tak salah rasanya kalau nak membeli-belah tapi lebih elok kalau peruntukan masa tu di sebelah siang. Rugi kalau masa semakin habis Ramadhan sebegini dibiarkan macam tu je tanpa diisi dengan amal ibadah.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags: , ,

Ebook Percuma

September 1st, 2008 | 1 Comment | Posted in PERCUMA

Tags: ,

Permatang Pauh… Akhirnya

August 27th, 2008 | 1 Comment | Posted in SEMBANG

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PULAU PINANG P44 : PERMATANG PAUH

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags: , , ,

Sejauhmana Kita Merdeka?

August 26th, 2008 | No Comments | Posted in ISU SEMASA

Merdekakah kita?

Jika hanya menghadiri konsert ambang merdeka yang dianjurkan oleh pelbagai pihak yang mengundang maksiat?

Merdekakah kita?

Jika hanya bersama khalayak melaungkan MERDEKA! bila sampai detik 12 malam?

Merdekakah kita?

Jika hanya menyaksikan ribuan ringgit dihabiskan membakar mercun dan bunga api setiba detik 12 malam?

Merdekakah kita?

Jika hanya berpeleseran di taman bunga bersama pasangan cinta yang tidak sah hubungan pada malam merdeka?

Merdekakah kita?

Jika hanya menyaksikan warna-warni perarakan kemerdekaan di Dataran Merdeka atau Putrajaya?

Merdekakah kita?

Jika hanya dibuai mimpi sepanjang hari pada hari 31 Ogos dek kerana cuti umum?

Merdekakah kita?

Jika hanya memasang bendera Malaysia dengan gahnya di kenderaan, tapi berlagak menjadikan jalanraya umpama litar lumba dan membahayakan pengguna yang lain?

Merdekakah kita?

Jika hanya pandai mengkritik tanpa menyumbang apa-apa untuk penambahbaikkan?

Merdekakah kita?

Jika hanya menjadi pengguna dan bukannya pencipta?

Merdekakah kita?

Jika hanya mengaku sebagai makhluk Allah tetapi tidak hidup sebagai hamba-Nya yang taat?

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags:

Akhirnya Tercapai Impian

June 29th, 2008 | 4 Comments | Posted in SEMBANG

Lama berhajat. Akhirnya impian tercapai untuk saya memiliki sebuah kamera DSLR. Oleh kerana hanya sebagai beginner tentang DSLR ni, maka pilihan kamera adalah Canon EOS 400D sebab rasa kurang berbaloi lagi membeli kamera melebihi kos RM3000 kalau kemahiran tidak sampai ke tahap pro. Insya-Allah, kalau ada rezeki dan pengetahuan yang lebih sebagai pro photographer, tidak salah memiliki yang lebih hebat.

Walau apapun, Canon 400D akan lebih masa bersama saya selepas ni sebagai teman baru, di samping saya meneruskan salah satu hobi meneroka bidang fotografi dengan lebih serius. :)

*** Saya mohon maaf kepada sesiapa yang pernah cuba muat turun ebook EZINE MARKETING melalui blog ini tapi failnya tiada, sila download semula. Hari tu saya terpadam fail dari server kerana menyiapkan portal, maaf. Terima kasih kepada SMART TEAM kerana memaklumkan kepada saya tentang masalah ini.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags: , , , ,