Oh, Si Dia Idamanku…
June 23, 2008 – 5:10 pm
![]()
Beralih arah! Itulah kata-kata yang sesuai agaknya. Minat baru saya beralih arah kepada ikan Arowana Silver setelah pelbagai ikan dipelihara sebagai hobi sebelumnya. Kata orang (memang betul pun), nak memelihara ikan spesis Arowana/Kelisa ni perlukan banyak ‘pengorbanan’. Sebabnya ikan ni banyak kerenahnya kalau silap percaturan menjaganya.
Apa orang nak kata, pedulikan. Hobi tetap hobi. Belum cuba belum tahu. Keindahan dan keunikanlah yang biasanya menjadi tarikan dan penambat hati peminat-peminat Arowana ni. Hrmm… lagi pun, dah banyak juga bajet yang keluar untuk si dia ni. Yang penting, kepuasan dan minat. Kalau tak, bukan la hobi namanya, ye tak?
Apa-apa pun, bisnes tetap jalan… hobi tetap hobi… kerja tetap kerja.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!
Popularity: 21% [?]
Tags: arowana, hobi, ikan, kelisa, silver arowana



