Home

Menjejaki Kejayaan Luar Biasa | Bahagian 2

Saturday, January 08th, 2011 | Author:

Menjejaki Kejayaan Luar Biasa oleh Ibnu Jauzi (Bahagian 2: 51-100):

51.Taatlah kepada Allah, padukan ilmu dengan amal, mengerti akan hak-hak Allah dan takutlah kepadaNya, tegakkan prinsip-prinsip agama dan jagalah batasan-batasanNya.

52.Kemampuan mengawal hawa nafsu akan memberi kepuasan dan kesenangan yang tidak terkira. Semakin kuat nafsu ditekan semakin tinggi kepuasan yang akan anda dinikmati.

53.Lihatlah sesuatu dengan mata hati yang terbuka.

54.Kekanglah hawa nafsu anda, kerana akan banyak hikmah dan keselamatan yang anda akan perolehi dari kekuatan kesabaran dalam mengekang serta mengawal dorongan hawa nafsu.

55.Berfikirlah tentang kekuasaan Allah.

56.Berusahalah mencari jalan-jalan untuk memperolehi rezeki.

57.Perhatikan bagaimana cara mengeluarkan kelebihan-kelebihan harta.

58.Hadirilah sesuatu majlis di atas niat dan suntikan semangat yang baik dan lupakan niat serta motif keduniaan.

59.Abu Bakar r.a yang menginfakkan seluruh harta merupakan seorang peniaga dan mempunyai peribadi yang luas pergaulan. Memungkinkannya untuk berhutang kepada sahabat-sahabat lain. Jadilah seperti kualiti keperibadian Abu Bakar r.a.

60.Generasi salaf adalah manusia-manusia pencari harta yang juga meninggalkan sesuatu untuk pewaris mereka.

61.Jasmani kita tidak ubah seperti binatang tunggangan yang mesti diberi perhatian.

62.Kesungguhan anda dalam mencari harta akan sentiasa memacu semangat, melapangkan hati dan memotong semua bentuk pergantungan anda kepada sesama makhluk.

63.Bersemangatlah menjalani kehidupan.

64.Yang paling baik adalah di tengah-tengah.

65.Dunia adalah medan ujian dan cubaan. Letakkanlah akal dihadapan.

66.Pohonlah kepada Allah s.w.t supaya diberi ilmu yang berguna, mengenal Allah s.w.t dengan cara yang benar.

67.Ilmu yang paling berguna adalah melihat atau membaca perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.

68.Jihad melawan nafsu adalah jihad yang paling besar.

69.Cara untuk mengawal dan mengekang hawa nafsu adalah dengan memberi peluang kepadanya untuk menikmati kecenderungannya kepada hal-hal apa pun (selagi tidak haram) dan memberi santapan-santapan yang boleh menjadikannya tetap terkawal. Mencegah dan menghalang hawa nafsu untuk mendapatkan hak-haknya akan menimbulkan bahaya.

70.Berjuang melawan hawa nafsu umpama berjuangnya orang sakit yang cerdik yang bersabar untuk meminum ubat walaupun pahit, kerana mengharapkan segera sihat. Rela memakan makanan yang sesuai dengan nasihat doktor dan tidak memperturut hawa nafsu untuk memakan apa sahaja yang boleh membuatnya menyesal kerana tidak dibenarkan makan selamanya.

71.Bimbinglah isteri anda, ingatkannya akan makna kebesaran Khaliq, akan hak-hak Allah s.w.t ke atas hambaNya, akan besarnya pahala dan akan besar seksaanNya.

72.Bertaubatlah atas segala kesalahan dan berdirilah di depan pintuNya, Allah Yang Maha Merajai di alam ini.

73.Ketika ditimpa musibah, bayangkanlah pahalanya dan kemungikinan turunnya bencana yang lebih besar. Anda akan dapat merasakan keuntungan dari cara pandangan (paradigma) yang demikian.

74.Sibukkanlah dirimu dengan ilmu, kerana ilmu lebih utama dari hal-hal yang sunat. Tetapi berhatilah, jangan kerana kesibukan dengan ilmu anda tidak pernah lagi mengamalkan apa yang diketahui.

75.Perhatikan kesihatan maknawi anda. Tingkatkanlah kualiti dalaman anda.

76.Wahai jiwa, alangkah pelik jika anda mengadukan kefakiran kepada makhluk yang sedarjat dengan anda, yang bibirnya pun bergerak seperti bibir anda.

77.Kembalilah kepada fitrah anda.

78.Pohonlah kepada Si Pemilik segala sebab.

79.Alangkah bahagianya anda jika boleh mengenalNya. Jika anda mengenal zatNya, seolah-olah dunia dan akhirat sudah di dalam genggaman anda.

80.Berhati-hatilah dan janganlah leka dengan hal-hal yang anda sendiri tidak pasti akan kekal bersama anda.

81.Berhati-hatilah dengan tipuan iblis mentakwilkan hasil dan tujuan yang baik tetapi sebenarnya merupakan perangkap kekeliruan.

82.Dengarlah nasihat orang-orang yang soleh, kunjungilah makam mereka untuk membangkitkan semangat anda untuk menghadap Allah.

83.Jernihkan fikiran, sihatkan akal dan tajamkan otak anda dengan memberinya bekalan yang baik dan berguna.

84.Dekatilah diri anda dengan ilmu dan peliharalah akal anda.

85.Sentiasalah dekat dengan ilmu, kerana ilmu adalah doktor yang sentiasa menjagamu. Ia akan memberi ramuan yang sesuai dengan penyakit yang anda alami.

86.Bertakwalah kepada Allah s.w.t dalam ucapan, penglihatan dan semua aktiviti anggota badan.

87.Berusahalah supaya setiap saat yang anda lalui dengan melakukan hal-hal yang baru serta  manfaatkan masa-masa yang paling baik dalam peredaran masa.

88.Janganlah melakukan sesuatu kecuali anda sudah menetapkan niat yang benar.

89.Bersedialah sentiasa menghadapi kematian yang datang secara tiba-tiba dan mengejut.

90.Jagalah badan kerada badan yang sihat akan membuat agama kita sihat.

91.Janganlah anda menangguh-nangguhkan kerja.

92.Lakukanlah apa yang anda mampu, kerana andalah yang lebih mengetahui kemampuan anda sendiri.

93.Carilah ilmu kerana ilmu adalah ubat segala penyakit.

94.Sedarlah, tidak ada yang sanggup mendatangkan manfaat dan menghilangkan mudarat selain Allah s.w.t.

95.Yakinlah, Allah s.w.t membuat sesuatu dengan segala hikmahNya.

96.Jagalah kebersihan diri anda. Rasulullah s.a.w merupakan peribadi yang paling bersih dan paling wangi.

97.Bersabarlah dalam menghadapi pelbagai perkara kerana ia merupakan sesuatu yang wajib.

98.Jagalah akal kerana akal dapat memperkuatkan kesabaran anda.

99.Kuatkanlah iman dengan akal dan naql (Al-quran dan hadis).

100.Sabarlah atas cubaan-cubaanNya. Lihatlah sesuatu kepada Penyebabnya bukan semata-mata kerana sebab. Semua yang berlaku kerana Dialah Yang Menentukannya.

Jumpa lagi entri akan datang untuk sambungan bahagian seterusnya… :)

Trackback: Trackback-URL | Comments Feed: RSS 2.0
Category: Islam, Renungan & Motivasi

You can leave a response.

One Response

  1. [...] Menjejaki Kejayaan Luar Biasa Bahagian 2 [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
 
Get Adobe Flash player