| Subcribe via RSS

Mailing List

December 28th, 2007 Posted in PANDUAN, PRODUK

Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan satu lagi web jualan untuk salah satu produk dari beberapa produk yang saya rancang nak dipasarkan sempena 2008.

Anda tentunya sudah mengetahui berkaitan Mailing List. Mailing List sangat penting terutama jika terlibat dengan perniagaan di internet. Mailing List adalah koleksi senarai nama dan alamat emel yang digunakan oleh seseorang atau organisasi untuk menghantar bahan atau membuat promosi secara serentak. Biasanya senarai nama dan alamat emel ini diperolehi apabila seseorang yang melanggan (subscribe) sesuatu seperti tips, berita, makluman dan sebagainya. Secara langsung pihak yang membekalkan bahan tersebut akan memasukkan nama dan alamat emel subscribers ke dalam Mailing List mereka. Bagi usahawan, peluang tersebut akan digunakan untuk mempromosikan produk mereka kepada semua individu yang berada dalam senarai Mailing List mereka di samping memberikan info tentang sesuatu perkara.

Di internet, terdapat banyak penyedia perkhidmatan yang menguruskan emel berbayar. Biasanya perkhidmatan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan tersebut dengan cara menyewa atau menjual. Contoh penyedia perkhidmatan yang saya maksudkan ialah GetResponse, BambooBizOnline dan Aweber.

Jika anda masih mencari-cari bagaimana cara mendapatkan dan membina Mailing List sendiri, apakata anda lihat keistimewaan produk yang saya tawarkan ini. Web jualan yang saya maksud ialah www.dfc.upsalemarketing.com. Dan dapatkan juga 4 bonus percuma menarik yang saya tawarkan.

 

 

Selamat maju jaya… :D

 

 

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

 

 

One Response to “Mailing List”

  1. hafiza Says:

    satu perkongsian yang menarik.diharap dapat di manfaatkan oleh semua

    Regards,
    hafiza
    Internet Marketing company since 2000


Leave a Reply