Home

Lookout | Lindungi Telefon Anda

Friday, July 23rd, 2010 | Author:

Berita baik kepada pengguna telefon pintar (smartphone). Saya baru sahaja mencuba dan menggunakan perisian anti-virus khusus untuk smartphone iaitu dikenali sebagai Lookout Mobile Security. Lookout adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan keselamatan khas untuk smartphone, dan perisian mereka telah digunakan oleh lebih satu juta pengguna hanya setelah beroperasi selama enam bulan sahaja.

Perisian Lookout berfungsi sama seperti menggunakan anti-virus di pc atau laptop. Ia melindungi telefon daripada ancaman virus, malware, risiko kehilangan data dan banyak lagi.

Pada masa ini Lookout menghubungkan dengan jaringan rangkaian di lebih 170 buah negara, dan ianya hanya sesuai kepada pengguna smartphone seperti BlackBerry, Android dan Windows Mobile. Lebih 80% di kalangan BlackBerry dan Android, manakala selebihnya adalah Windows Mobile. Tetapi buat masa ini 70% penggunanya adalah datangnya daripada Amerika Syarikat.

Apa yang menarik tentang perisian Lookout? Ianya dapat melindungi telefon dari ancaman virus, spyware, malware, melindungi data dalam telefon dan yang paling menariknya ialah dapat mengesan sekiranya telefon hilang atau dicuri. Lookout menghubungkan data terus kepada laman web khusus kepada pengguna setelah proses installasi ke telefon selesai dan proses pendaftaran berjaya. Selepas selesai intallasi, anda hanya perlu mendaftarkan alamat emel dan password. Seterusnya anda akan menerima satu emel mengatakan proses pendaftaran berjaya, buka pautan web yang diberikan (menggunakan username dan password anda) dan kemaskini maklumat telefon anda secara online seperti nombor telefon & lokasi Time Zone GST. Sebenarnya web tersebut telah dihubungkan terus dengan telefon anda secara online.

Sekiranya telefon anda hilang atau dicuri, 3 perkara yang menarik minat saya:

1. Dapat mengesan lokasi telefon tersebut berada melalui Google Map sekitar jarak 5 hingga 1000 kaki persegi. Emel turut dihantar kepada anda setelah lokasi dikesan.

2. Mengarahkan telefon anda membunyikan satu bunyi siren yang sangat kuat (saya dah cuba dan memang bunyi tu mampu menggelabahkan si pencuri atau dapat kesan di mana telefon diletak jika anda terlupa). Bunyi tersebut hanya boleh dimatikan apabila telefon anda dimatikan. Untuk keselamatan lebih terjamin, pastikan anda mengaktifkan password atau pin untuk menghidupkan semula telefon.

3. Segala data di dalam telefon anda boleh dipadamkan kesemuanya jika telefon anda tetap gagal ditemui. Segalanya boleh dilakukan secara online melalui laman web yang diberi dan anda perlu backup terlebih dahulu segala data tersebut dan akan disimpan di dalam web tersebut. Namun segala data di dalam telefon anda akan terpadam demi mengelakkan kecurian data. Apapun, data anda telah diselamatkan setelah backup ke web dilakukan dan ianya boleh dimasukkan semula ke telefon baru anda.

Setelah 6 bulan beroperasi, Lookout telah menemukan semula sejumlah 130,000 buah smartphone yang hilang atau dicuri, menyelamatkan dan mengembalikan semula data sebanyak 87 juta imej/foto dan 300 juta data nombor telefon contact pengguna-penggunanya.

Contoh paparan laman web pengguna Lookout

Jika anda pengguna smartphone dan masih belum ada sebarang perisian anti-virus, saya cadangkan anda mencuba Lookout. Bukan sahaja ianya bijak, malah yang penting ianya hanyalah percuma. Anda boleh download perisian ini di www.mylookout.com ;)

Trackback: Trackback-URL | Comments Feed: RSS 2.0
Category: Teknologi

You can leave a response.

9 Responses

  1. 1
    etomyam 

    wah canggih ni gu..nak jugak cuba tapi HP kawe cuma sony k550i, orang tengok pun dok berkenan hehehe :D
    etomyam recently posted: Promosi Kerja Kahwin

  2. 2
    Wirasutra 

    secara jujur, klu 5 skala utk perisian ni, kawe bagi 5 full mark. sgt bagus, kawe tertarik bab dpt kesan telefon melalui map dan siren tu.. mmg berbaloilah. tunggu la iphone4 nanti, tukar la.. hehe.. :)

  3. 3
    landax 

    wah!!nak guna gak lah!!thankz!!

  4. 4
    Wirasutra 

    haha.. mesti cuba, nanti nilaikan sendiri. sy jamin puas hati… :)

  5. 5
    mai 

    nokia e72 boleh x?tp handset sy dh ilaang ni..baru tercari-cari software nih.mslhnya kne ade response dr no kta dlm handset..mcm mane ni??

  6. 6
    Wirasutra 

    software ni sgt sesuai utk smartphone.. hilang tanpa jejak ni yg terkilan.. apapun, beli baru je la jawapan dia… :D

  7. 7
    zaman 

    hp sya jenis n97 mini leh tak guna sofware ini

  8. 8
    Wan 

    sy tak pasti tapi boleh cuba…

  9. 9
    Dian 

    Nak tanya, saya guna telefon 2630 (tak silaplah). Saya baru saje kehilangan segala data termasuk gambar, rakaman video dan no telefon yang disimpan di dalam memori telefon. Saya telah tertekan “restore factory setting” dan terus “restore all”. Saya sangat hampa kerana data tersebut mengandungi gambar-gambar anak2 saya termasuk gambar anak yang baru sehari dilahirkan dan rakaman video telatah baby saya yang begitu saya sayang. Bagaimana nak dapatkan semula data2 tersebut. Kalau boleh tolonglah sesangat.

Leave a Reply

CommentLuv badge
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes