Domain Baru Untuk Bisnes Sudah Ada
![]()
Tak tergambar saya nak katakan betapa gembiranya kerana akhirnya saya membeli domain khas untuk pemasaran di internet. Macam² nama yang saya fikirkan untuk mencari nama yang sesuai untuk domain bisnes tersebut. Mulanya terfikir juga untuk buat peraduan kat sini mencadangkan nama² yang ummph, tapi takut pulak makan masa yang lama. So akhirnya saya berikan nama ini :
Macam² terkeluar dari kepala nak letak nama apa, tapi bila test saja, nama² tu telah digunapakai oleh orang lain. Akhirnya terpacul nama ini, test punya test alhamdulillah masih tak de orang lain pakai, so tanpa buang masa saya pun belilah domain ini untuk memulakan karier sebagai seorang usahawan internet (masih belum sepenuh masa). Bukan apa, banyak yang saya baca daripada mereka yang dah berjaya iaitu sentiasa mencari peluang yang ada di internet, sudah tentu kita akan menemui sesuai yang berguna. Mungkin anda dan ramai usahawan internet Malaysia yang masih belum mengenali saya. Tapi saya amat berharap segala panduan yang mereka berikan akan menjadi inspirasi untuk saya terus ke hadapan, insya-Allah.
Jadi, jika ada kelapangan, singgahlah di web baru saya di www.upsalemarketing.com
Like What You Read? Subscribe Now For Updates!




