| Subcribe via RSS

Cikgu Oh Cikgu..

July 27th, 2007 Posted in ISU SEMASA

Hmm…. kesian cikgu². Asal saja buka tv, buka radio, tak habis² berita tentang isu cikgu pukul murid, cikgu dera murid, cikgu itu dan cikgu ini. Alahai ibubapa, kenapa jadi macam ni? Kenapa cikgu dituduh sebegini rupa? Lupa ke kita bagaimana kita berjaya sekarang.. siapa yang didik kita?

Cuba kita fikirkan secara rasionalnya, bagaimana seorang guru yang terlatih boleh memukul atau menghukum anak kita kalau tanpa sebab munasabah. Cuba periksa balik, siasat betul², apa yang anak kita dah buat. Cikgu hukum kerana anak tak buat kerja rumah, bukan ke itu wajar. Cikgu bukan hanya mengajar malah mendidik. Kita nak cikgu hanya masuk kelas dan mengajar semata-mata tanpa mendidik sahsiah atau disiplin? Macam tu ke yang kita harapkan?

Dulu orang hormat cikgu.. kenapa? Adakah dulu cikgu² tak pukul murid, tak hukum murid? Rasanya lebih dari itu. Tapi kenapa dihormati? Kerana dulu tak ramai doktor.. tak ramai jurutera dan tak ramai ahli korporat.. jadi cikgu dianggap hebat. Sekarang gaji cikgu sama saja dengan gaji yang mereka bayar kepada pembantu rumahnya, sebab tu cikgu tak dihormati. Insaflah, fikirkan kemuliaan dan keberkatan. Jangan hanya menuding jari dan menuduh tanpa usul periksa hanya kerana kita rasa kita orang hebat. Jangan la hanya mendengar apa yang anak cakap atau mengadu, siasat dulu apa puncanya. Fikir dulu kewajarannya. Pada saya cukup zalim jika guru dituduh mendera sedangkan niat guru tersebut adalah untuk mendidik. Kita manusia biasa, kasabaran itu ada hadnya. Janganlah sampai cikgu² kita berkecil hati dengan tindakan kita sebegini.

Persoalannya, pernah ke cikgu² kita berkecil hati dan mogok walaupun dituduh bermacam-macam dan MEMBUTA TULI?!! Tak de kan? Jadi beristighfarlah banyak²… :(

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Leave a Reply