| Subcribe via RSS

Hobi - Minat

November 23rd, 2008 | 2 Comments | Posted in SEMBANG

Siapa yang takde hobi? Semua orang ada hobinya sendiri. Tidak kira la apa jenis hobi sekali pun, hakikatnya setiap orang ada hobi.

Hobi saya dah tentunya fotografi. Dan bukan hanya sekadar shot gambar, malah ada satu lagi hobi iaitu mengedit gambar. Kepuasan. Ya, rasanya itu istilah yang paling tepat. Hmm.. bukan bermakna saya menulis tentang hobi fotografi ni nak membuktikan saya pro. Saya tak pro langsung, tapi saya yakin minat mendalam dan terus belajar adalah jalan bijak untuk bergelar pro photographer. Belum cuba belum tahu.

Apapun, jika anda banyak masa, boleh singgah di 3 photoblog saya yang amatur ni

www.wirasutra.com/shutterexposure

www.wirasutra.com/persona

shutterexposure.fotopages.com

Dan jika nak komen, komen la.. dialu-alukan. Tapi nak diingatkan, i’m not a pro photographer (yet). Sebelum saya nak akhiri catatan ni, saya nak kongsi dengan anda satu laman flickr yang menarik

www.flickr.com/photos/c215

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags: , , ,

Tradisi Atau Mentaliti Rendah?

October 5th, 2008 | No Comments | Posted in ISU SEMASA, SEMBANG

Rasanya belum terlambat untuk saya melafazkan kata-kata tersohor sempena 1 Syawal…

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN. :D

Ampun dipinta sekiranya ada salah silap yang telah saya ‘terbuat’, khasnya bagi mereka yang mengenali saya. Saya tetap lemah kerana hanya insan biasa yang ada kalanya lupa batasan tanpa disedari.

Alhamdulillah, saya selamat kembali ke KL dengan jayanya walaupun berhadapan dengan kerenah jalan sesak yang tidak habis-habis. Persoalannya, adakah kesesakan sempena hari raya ini disebabkan oleh tradisi atau mentaliti pemandu yang rendah? Sepanjang perjalanan, saya tidak nampak kesesakan berpunca dari bilangan kereta yang bertambah, tapi lebih ketara disebabkan oleh sikap ’segelintir’ pemandu yang tidak bermoral memotong barisan kenderaan lain yang sudah menunggu giliran sekian lama untuk masuk sesuatu lorong atau selekoh.

Takkan orang lain pun tak nak cepat sampai ke destinasi? Takkan hanya mereka yang tidak bermoral ini saja yang fikirkan nak cepat sampai ke rumah? Ke mana letaknya mentaliti yang Allah anugerahkan? Takkan tidak terfikir betapa seksanya pemandu lain (yang berhemah) bersabar menunggu giliran barisan kenderaan yang lain? Akhirnya disebabkan sikap yang tidak berhemah segelintir pemandu inilah menyebabkan jalan semakin sesak dan mereka yang jujur terus menunggu giliran sekian lama kerana peluang yang ada ‘dirampas’ oleh pemandu yang bermentaliti rendah. Malangnya, ramai diantara mereka yang bermentaliti rendah ini juga berkenderaan mewah dan hebat. Betapa kurang ajarnya manusia sebegini!

Dan bertambah malang lagi bila gagal melihat kelibat polis trafik atau JPJ di sepanjang perjalanan, berhari raya lagi ke…? Atau cukup hanya meletakkan gambar seorang anggota polis di pinggiran jalanraya/lebuhraya sekadar menakutkan pengguna pemandu? Cukup kecewa…..

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags: , , , ,

Puasa

September 14th, 2008 | No Comments | Posted in SEMBANG

Terpaksa tukar tema blog, yang lama agak pening lalat dibuatnya. Tapi tak pasti yang ni boleh bertahan lama atau tidak. Susah juga kalau ada sikap mudah jemu ni.

Alhamdulillah puasa dah separuh kita tunaikan. Nampaknya masjid dan surau semakin berkurang jemaahnya. Ke mana ye? Sepatutnya masa nilah perlu ditambah amal dan bukannya sudah mula sibuk membeli pakaian raya. Tak salah rasanya kalau nak membeli-belah tapi lebih elok kalau peruntukan masa tu di sebelah siang. Rugi kalau masa semakin habis Ramadhan sebegini dibiarkan macam tu je tanpa diisi dengan amal ibadah.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags: , ,

Permatang Pauh… Akhirnya

August 27th, 2008 | 1 Comment | Posted in SEMBANG

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PULAU PINANG P44 : PERMATANG PAUH

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags: , , ,

Akhirnya Tercapai Impian

June 29th, 2008 | 4 Comments | Posted in SEMBANG

Lama berhajat. Akhirnya impian tercapai untuk saya memiliki sebuah kamera DSLR. Oleh kerana hanya sebagai beginner tentang DSLR ni, maka pilihan kamera adalah Canon EOS 400D sebab rasa kurang berbaloi lagi membeli kamera melebihi kos RM3000 kalau kemahiran tidak sampai ke tahap pro. Insya-Allah, kalau ada rezeki dan pengetahuan yang lebih sebagai pro photographer, tidak salah memiliki yang lebih hebat.

Walau apapun, Canon 400D akan lebih masa bersama saya selepas ni sebagai teman baru, di samping saya meneruskan salah satu hobi meneroka bidang fotografi dengan lebih serius. :)

*** Saya mohon maaf kepada sesiapa yang pernah cuba muat turun ebook EZINE MARKETING melalui blog ini tapi failnya tiada, sila download semula. Hari tu saya terpadam fail dari server kerana menyiapkan portal, maaf. Terima kasih kepada SMART TEAM kerana memaklumkan kepada saya tentang masalah ini.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags: , , , ,