Home

Archive for the Category » Topik Bebas «

Kesibukan & Keghairahan

Thursday, March 24th, 2011 | Author:

Salam buat anda yang sudi membuka blog saya ni sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan… :)

Saya betul-betul tertewas akhir-akhir ni.. kesibukan yang terlampau menyebabkan saya sendiri gagal mengemaskini blog ini, malah membukanya pun tidak berkesempatan. Tapi ianya tidak bermakna blog saya ini akan terus ‘mati dan berkubur’. Keghairahan berblog sentiasa ada cuma perlu membijakkan diri meluangkan masa.

Kadangkala terfikir jugak, macamana sesetengah ahli berpolitik boleh berkesempatan berblog walaupun tentunya mereka antara insan yang paling sibuk bekerja dan berfikir (seharusnya begitu)? Atau hanya sekadar nama atau pencetus isi penting, tapi insan lain pulak bertugas menjadi tukang penekan butang kekunci.

Saat ini dan beberapa ketika akan datang saya tetap masih tidak terlepas dari kekangan masa. Dan insya Allah, jika segalanya semakin reda, saya akan cuba kembali berblog seperti biasa.. sekurang-kurangnya sebagai pencetus muhasabah untuk diri sendiri.

Kepada yang baru nak berjinak sebagai seorang blogger.. harus diingat bahawa ianya bukanlah sesuatu yang senang, apatah lagi untuk bertahan lama jika ianya hanya datang kerana meniru gelagat orang lain dan bukannya kerana minat dan inginkan perkongsian. ;)

Category: Topik Bebas | Leave a Comment

Live Blogging | Hanya Santai

Tuesday, November 30th, 2010 | Author:

Akhirnya dapat juga saya siapkan blog kedua saya. Blog kedua? Kenapa perlu ada dua blog pulak? :)

Sebenarnya blog kedua saya tu pengisiannya dan catatannya terus daripada iPhone. Jadi ianya sangat ringkas dan santai. Apa sahaja yang terlintas di fikiran atau sesuatu perkara spontan yang nak dikongsi, catatannya terus melalui iPhone.. termasuk sekiranya ada gambar yang berkaitan.

Biasanya catatan entri saya untuk blog pertama ni lebih formal dan disusun (bukan tersusun.. nanti orang kata perasan sendiri pulak..), berlainan dengan blog kedua yang saya maksudkan. Biasalah, baru nak berjinak-jinak dengan ‘Live Blogging’.. :) Kalau sesiapa nak tahu lanjut pasal apa maksud Live Blogging ni, boleh rujuk artikel rakan blogger@rakan sesekolah saya ni di MyJazmanie.com.

Oh ya, alamat blog kedua saya tu ialah www.wirasutra.com/me. Kalau sudi, boleh la meninjau-ninjau ye. Jumpa lagi.. ;)

Category: Topik Bebas | 4 Comments

Video Youtube | Jadikan Simple

Saturday, November 27th, 2010 | Author:

Hrmm.. tak tahu kenapa sehari dua ni rajin pulak buat entri baru di blog ni. Tak kisahlah, sementara masih ada mood ni, buat je.. asalkan tak kacau hidup orang lain.

Ok, entri kali ni saya nak bagi tutorial simple kepada blogger yang masih baru dan masih merangkak untuk mengisi kandungan dalam blog masing-masing (yang dah lama tu tentu dah tahu banyak perkara kan?). Tutorial ni bukan benda baru pun, dah lama.. cuma teringin nak berkongsi kepada sesiapa yang belum tahu.

Biasanya ramai blogger yang suka meletakkan atau berkongsi video klip (dari laman YouTube) lagu kegemaran mereka di blog masing-masing. Jadi mereka akan copy/paste kod yang terdapat pada video tersebut dan diletakkan dalam blog. Video itu dapat dilihat seperti contoh di bawah:

Tapi bagaimana caranya anda nak dengar lagu atau suara dari video tu sahaja tanpa memaparkan gambar klip video tersebut? Anda boleh lihat contoh di sebelah kanan blog saya tu. ;)

Caranya mudah je..

1. Mula-mula buka laman Youtube. Pilih je mana-mana klip video lagu kegemaran anda (gunakan kemudahan ‘search’ lagi cepat dan pantas). Saya pilih Maher Zain-Insha Allah.

2. Klik butang ‘Embed’ (Jumpa tak? Kalau tak jumpa kena call Barrack Obama.. cuba tanya dia.. hehe gurau je).

3. Seterusnya paparan seperti gambar di atas akan kelihatan. Copy kod yang diberi dan pilih je mana-mana warna border yang menjadi pencetus citarasa anda.

4. Buka control panel blog anda, pilih segmen Appearance, kemudian pilih Widgets.

5. Pilih widget Text dan letakkan di ruangan Sidebar.

6. Paste kod tadi di dalam widget Text tersebut (seperti contoh gambar di bawah).

7. Kemudian tiba masa sesi pengeditan. Tukar saiz width kepada 60 dan height kepada 25 (highlight kuning dalam gambar di atas). Bab ni penting, mesti tukar.

8. Anda boleh setkan sama ada nak jadikan ia mainkan lagu secara manual atau autoplay. Kalau nak pilih sama ada jadikan manual atau autoplay, copy kod ini &autoplay=1 dan paste pada selepas kod lagu (lihat arrow pada gambar kat atas). Kalau mahu ianya main secara manual (maksudnya klik butang play baru lagu tu main), tukar je angka 1 kepada 0 pada kedua-dua kod tadi.

9. Siap dan anda boleh save widget.

Simple je kan? Jadi selamat mencuba la ye.. :)

P.S : Tutorial ini berdasarkan blog wordpress.org. Lakukan langkah yang diberi ikut kesesuaian platform blog masing-masing.


Category: Topik Bebas | One Comment

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes