Home

Archive for the Category » Perniagaan Internet «

JAWI TRANSLATER Versi 5.0

Sunday, October 10th, 2010 | Author:

Demam hampir seminggu, sangat memeritkan. Namun bila mengingatkan diri pada ujian Allah, terus dihadapi dengan tenang walaupun kadangkala kemalasan meronta-ronta menyebabkan banyak kerja dan urusan tertangguh. Harus berjaga-jaga dengan tahap kesihatan kerana musim yang tidak menentu pelbagai wabak penyakit mudah hinggap, apa lagi jika individu yang lemah ketahanan antibodi.

Tiada entri penting kali ni, hanya sekadar ingin meluahkan rasa kecewa dengan sikap peniaga/usahawan melayu yang tumbuh bagai cendawan di Malaysia ni..

Perniagaan adalah merupakan satu genre yang sangat luas. Perniagaan mampu menjadikan seseorang itu kaya atau muflis. Bergantung kepada apa dan bagaimana bisnes itu dijalankan. Sekarang, dengan kepesatan dunia teknologi yang ada, perniagaan melalui internet menjadi satu cabang perniagaan yang paling menguntungkan (jika betul caranya). Malah jika anda hanya menjual kasut lusuh terpakai pun, ianya mampu mendatangkan keuntungan di internet tanpa perlu membuka gerai di tepi jalan atau pasar malam.

Tapi harus diingat, sebagai seorang muslim, kejujuran dan ketelusan dalam perniagaan perlu sentiasa seiring untuk mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Rancang perniagaan dengan bijak, jangan sampai pelanggan atau pembeli berasa tertipu dan teraniaya setelah membayar kos untuk memilikinya, tidak kiralah berapa kos yang dibelanjakan.

Saya pernah tertarik dengan satu perisian yang dibangunkan oleh satu syarikat iaitu Next-Q Technologies Sdn. Bhd. Perisian itu dikenali sebagai JAWI TRANSLATER Versi 5.0 yang berfungsi untuk menukarkan teks rumi ke jawi dan teks jawi ke rumi. Setelah membuat bayaran secara online sebanyak RM90, selang beberapa hari perisian tersebut sampai ke alamat rumah saya bersampul dan kandungannya berbentuk CD. Kegembiraan saya mendapatkan perisian tersebut rupanya tidak lama bila sahaja saya mendapati ianya memerlukan nombor kod setiap kali membuat instalasi JAWI TRANSLATER Versi 5.0 ke komputer atau laptop. Malah apa yang lebih mengecewakan ialah apabila kod tersebut mesti diperolehi daripada pihak syarikat tersebut dengan menghantar sms kepada mereka dengan menaip format yang telah ditetapkan.

Kod tersebut hanya boleh digunakan sekali sahaja, dan sekiranya ingin membuat instalasi baru, sekali lagi saya perlu menghantar sms meminta kod baru daripada pihak syarikat tersebut. Malangnya setiap kali memohon kod, kelewatan pihak syarikat membalas sms bersama kod baru sangat lambat sehingga kadangkala memakan masa lebih dari sehari. Bayangkan situasinya jika saya sangat memerlukan atau menggunakan perisian JAWI TRANSLATER Versi 5.0 itu untuk menyiapkan sesuatu kerja.

Dan terbaru, sms saya meminta kod tersebut sudah tidak diendahkan tanpa sebarang balasan. Dan saya tidak dapat lagi membuat instalasi baru JAWI TRANSLATER Versi 5.0 ke laptop setelah laptop saya mengalami masalah Windows dan terpaksa membuat pemasangan Windows semula. Mungkin dengan kaedah kod tersebut membantu pihak syarikat tersebut mengatasi gejala cetak rompak atau penjualan semula, tetapi bagaimana keadaannya kepada pelanggan yang telah membeli (seperti saya) tetapi tidak dapat menggunakan sepenuhnya perisian tersebut? Saya membayar kos RM90 sekadar untuk sewaan atau dihadkan hanya untuk diinstal 2 atau 3 kali sahaja?

Saya telah membuat aduan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui eAduan tetapi setakat ini masih tiada respon.

Ingatlah, jika menghasilkan sesuatu perisian dan menjual, pastikan kaedah untuk mengatasi cetak rompak dilakukan dengan lebih canggih tanpa menyusahkan pelanggan atau pengguna. Halalkah anda menjual sesuatu dan mendapatkan wang hasil penjualan tersebut tetapi menganiaya pengguna atau pembeli? Sebagai seorang muslim, fikir-fikirkan… :(

Category: Perniagaan Internet, Teknologi, Topik Bebas | 5 Comments

Anda Mampu Jadi BOS

Sunday, July 18th, 2010 | Author:

Pernah dengar tentang Produk Master Resell Right (MRR) & Private Label Right (PLR). Jika anda biasa dengan sistem affiliate atau peniaga di internet, pastinya anda sudah tahu apa fungsinya. Saya bukan nak menjelaskan terperinci tentang maksud kedua-dua istilah itu, cukuplah sekadar difahami bahawa MRR adalah produk yang dihasilkan oleh orang lain dan anda boleh atau diberi hak menjualnya semula, manakala MRR pula adalah produk orang lain yang anda diberi hak untuk mengakui ianya hakmilik anda sepenuhnya.

Saya dapati ada satu program affiliate yang diberi nama AkuBos™ yang telah dibuat oleh Big Intelligent Technology Sdn Bhd (BIGIT) yang menawarkan program affiliate AkuBos™ dengan menjual pelbagai ebook tutorial keluaran mereka mengenai panduan asas berkenaan IT dengan harga promosi hanya RM20 berbanding harga asal RM50.

Apa yang lebih menariknya ialah mereka menawarkan peluang untuk anda menjana pendapatan sebagai Affiliater & Reseller. Sebagai agen affilate, anda hanya perlu Daftar Percuma dan promosikan link web yang akan diberikan selepas mendaftar. Jika terdapat jualan daripada link anda, anda akan dibayar komisyen 50% iaitu RM10 untuk setiap jualan.

Bagi Reseller pula,  selepas mendaftar anda perlu membeli pakej ebook AkuBos dengan membuat bayaran sebanyak RM20 kepada reseller AkuBos. Sebagai pembeli secara automatik anda dilantik menjadi Reseller AkuBos yang sah. Anda bertindak sebagai bos tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Promosikan link web anda dan jika terdapat jualan, mereka akan membayar RM20 terus ke akaun anda selaku Reseller AkuBos.. keuntungan 100%.

Jangan lepaskan peluang yang diberikan oleh BIGIT ini. Anda juga tidak harus melepaskan peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang ditawarkan oleh mereka, sama ada sebagai agen affiliate & reseller, anda tetap mampu menjana sekurang-kurangnya RM10 & RM20 sehari dengan cara dan teknik promosi yang berkesan. Jom sertai program AkuBos sekarang:

* Tak Perlu Tulis Ebook
* Tak Perlu Buat Web
* Modah Serendah RM20
* Komisyen Terus ke Akaun Anda
* Anda Aktifkan Reseller Di Bawah Anda

Daftar keahlian anda secara percuma sekarang. Klik di sini! ;)

Category: Perniagaan Internet | 2 Comments

Affiliate Ringkas | Jana Pendapatan

Thursday, July 15th, 2010 | Author:

Anda punyai laman web sendiri, blog, myspace atau facebook? Jika ada, ini peluang untuk anda menjana pendapatan secara mudah secara sistem affiliate. Saya ingin memberitahu anda tentang sebuah website yang saya jumpa memberi peluang untuk anda menjana pendapatan secara online.

Ianya bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, dan oleh kerana ianya tidak terhad untuk tempoh tertentu sahaja, tetapi untuk sampai bila-bila pun, memberikan anda peluang mendapatkan wang tunai tanpa had. Hanya RM0,00 untuk pelaburan (pendaftaran percuma untuk menyertainya) – tetapi mampu menghasilkan wang sehingga RM2500,00 setiap hari (bergantung kepada hanya usaha kecil anda). Ianya satu bentuk sistem affiliate dan cara mudah untuk menjana wang di Internet. Pembayaran komisyen dalam bentuk nilai USD. ;)

Tidak perlu buang masa anda… buka pautan berikut untuk mendaftar secara percuma hari ini juga: www.wirasutra.com/extracash

Category: Perniagaan Internet | Leave a Comment

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes