| Subcribe via RSS

Naik! Naik!! Naik!!!

July 10th, 2007 | No Comments | Posted in ISU SEMASA

Huh, gaji belum lagi naik tapi semua harga barang pun naik. Semua orang akan bercakap isu yang sama.. di kedai kopi, di pasaraya, di masjid dan di mana² saja. Sebenarnya ada strategi pihak tertentu merancang sesuatu atau sememangnya tiada kawalan tentang kenaikan harga barang? Atau mungkin tidak terkawal?

Kadang² rasanya macam percaturan politik. Tapi siapalah yang tahu. Kerajaan hanya meminta rakyat memboikot mana² pihak yang menaikkan harga barang. Begitu juga persatuan pengguna meminta supaya pengguna tidak membeli barangan yang dinaikkan harga. Mampu ke? Ada orang yang perihatin tapi dalam masa yang sama ada orang yang tidak ambil pusing. Dan yang bermasalahnya ialah mereka yang memboikot.. apa yang dia dapat? Barang tetap naik, harga tetap tak turun.

Isu barang naik mula menghantui kita sejak harga minyak naik. Itu isunya. Dulu tak ketara semacam ni. Bukan pengguna kenderaan persendirian saja yang terasa bahangnya, malah syarikat² pengangkutan juga. Jadi sudah tentulah mereka pun memikirkan demi keuntungan (walaupun sebenarnya mereka dah mengaut keuntungan pun).

Sekarang timbui isu BERNAS menaikkan harga beras sewenangnya tanpa meminta kelulusan kerajaan.. ada bantahan, kerajaan sekat. Tapi tunggu dan lihat.. ianya akan diluluskan juga oleh pihak kerajaan, harga beras akan naik.

Bukan berceloteh isu politik atau fahaman mana² pihak, tapi luahan. Bahangnya cukup terasa, lebih panas dari bahang cuaca panas sekarang. Semua kakitangan awam dalam pelbagai peringkat akan naik gaji… berbaloi ke? …dalam keadaan semua harga barang naik dan mahal? :D

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Tags: