| Subcribe via RSS

Senarai Kabinet Malaysia 2008

March 20th, 2008 | No Comments | Posted in ISU SEMASA

Berikut senarai penuh barisan kabinet Malaysia selepas Piliharaya Umum ke - 12 baru-baru ini:

Perdana Menteri :
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri :
Datuk Seri Najib Tun Razak

Kementerian di Jabatan Perdana Menteri

Menteri :
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Seri Nazri Aziz
Datuk Ahmad Zahid HamidiDatuk Mohd Zaid Ibrahim
Datuk Amirsham Abdul Aziz

Timbalan Menteri :
Datuk Johari Baharom
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk K Devamany
Datuk Hassan Malik

Kementerian Kewangan

Menteri :
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Menteri Kewangan Kedua :
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Timbalan Menteri :
Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
Datuk Kong Cho Ha

Kementerian Pertahanan

Menteri :
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Menteri :
Datuk Wira Abu Seman Yusop

Kementerian Dalam Negeri

Menteri :
Datuk Seri Syed Hamid Albar

Timbalan Menteri :
Datuk Chor Chee Heong
Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri :
Datuk Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri :
Datuk Robert Lau
Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kerja Raya

Menteri :
Datuk Mohd Zin Mohamad

Timbalan Menteri :
Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

Menteri :
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri :
Datuk Joseph Salang Gandum

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri :
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri :
Datin Paduka Rohani Abdul Karim

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri :
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri :
Loh Wei Keong
Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Luar

Menteri :
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Timbalan Menteri :
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar

Kementerian Pelajaran

Menteri :
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan Menteri :
Datuk Wee Ka Siong
Datuk Razali Ismail

Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri :
Datuk Khaled Nordin

Timbalan Menteri :
Khoo Kok Choong
Datuk Idris Harun

Kementerian Pengangkutan

Menteri :
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri :
Anifah Aman

Kementerian Sumber Manusia

Menteri :
Datuk S Subramaniam

Timbalan Menteri :
Datuk Noraini Ahmad

Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga

Menteri :
Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan Menteri :
Noriah Kasnon

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Menteri :
Datuk Shafie Apdal

Timbalan Menteri :
Datuk Teng Boon Soon

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri :
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan Menteri :
Fadilah Yusof

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Menteri :
Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri :
Datuk Saiffuddin Abdullah

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri :
Datuk Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri :
Datuk Abu Ghapur Salleh

Kementerian Luar Bandar dan Wilayah

Menteri :
Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Timbalan Menteri :
Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Menteri :
Datuk Shahrir Samad

Timbalan Menteri :
Jelaing Mersat

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri :
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri :
Senator A Kohilan

Kementerian Belia dan Sukan

Menteri :
Datuk Ismail Sabri Yaacob

Timbalan Menteri :
Wee Jack Seng

Kementerian Kesihatan

Menteri :
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri :
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Penerangan

Menteri :
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri :
Datuk Tan Lian Hoe

Kementerian Pelancongan

Menteri :
Datuk Azalina Othman Said

Timbalan Menteri :
Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abu Taib

Kementerian Wilayah Persekutuan

Menteri :
Datuk Zulhasnan Rafique

Timbalan Menteri :
M Saravanan

Senarai bergambar boleh rujuk di sini.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Tags: , , , , , ,

Sekolah Satu Sesi

September 30th, 2007 | No Comments | Posted in ISU SEMASA

Sebaik saja PM umumkan akan melaksanakan persekolahan satu sesi untuk semua sekolah, ramai yang memberikan maklumbalas yang berlainan. Ibubapa dengan alasan tersendiri manakala para guru juga dengan alasannya tersendiri. Saya tidak pasti apa rasional utama PM ingin melaksanakan cara persekolahan seperti itu. Tapi yang pasti sudah tentu ada pro dan kontranya. Mungkin belum cuba belum tahu. Tapi adakah dengan terlaksananya sesi persekolahan sebegitu akan mengurangkan gejala sosial yang berlaku sekarang? Nampak seperti keputusan yang drastik. Memang budaya kita di Malaysia, bila terjadi saja sesuatu musibah, maka akan ada satu pelaksanaan yang dilakukan kononnya untuk mengatasi masalah tersebut dari berulang.

Apa kata anda dalam hal ini?

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Perkembangan Kes Nurin Jazlin

September 29th, 2007 | No Comments | Posted in ISU SEMASA

Nampaknya ada sedikit perkembangan berkenaan dengan kes pembunuhan Nurin Jazlin. Kita amat berharap dengan tertangkapnya 5 orang suspek itu (4 lelaki, 1 wanita) akan memberi satu ruang yang lebih besar tertangkapnya pembunuh Nurin Jazlin untuk dibawa ke muka pengadilan dan diberi hukuman yang setimpal.

Sudah tentunya tiada seorang pun manusia yang waras gembira melihat kematian Nurin yang begitu menyayat hati. Dan sudah tentulah ramai yang menarik nafas lega dan gembira jika pembunuh sebenar Nurin berjaya diberi hukuman.

Sama²lah kita berdoa agar pembunuh Nurin akan dapat dikenalpasti secepat mungkin. Insya-Allah.. :)

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Tags: , ,

Al-Fatihah Buat Nurin Jazlin

September 23rd, 2007 | No Comments | Posted in ISU SEMASA

Tak sangka, dalam dunia yang begitu canggih dengan pelbagai ilmu pengetahuan mudah dipelajari, masih ada manusia yang sikapnya jauh lebih hina dan busuk daripada binatang. Entah di mana agaknya silap pembunuh Nurin ini boleh dilahirkan sebagai manusia sedangkan tempatnya sudah tentu tidak layak langsung untuk berada di kalangan binatang sekalipun.

Kita dikejutkan dengan isu babi dan pencemaran pembuangan bahan busuk saban hari di tv. Tapi bagi saya, pembunuh Nurin adalah lebih busuk dan hina dari seekor babi dan najis buangan tersebut, malah sebenarnya tidak layak untuk hidup di bumi Allah ini.

Jika pembunuhnya tertangkap (insya Allah), sudah tentu hampir seluruh warga Malaysia  akan berasa aman dan tentunya orang yang paling tenteram adalah kedua ibubapanya. Sama²lah kita berdoa supaya pihak polis berjaya membawa syaitan hina ini ke muka pengadilan dan mendapat balasan setimpal dari perbuatannya yang kejam itu..

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Cikgu Oh Cikgu..

July 27th, 2007 | No Comments | Posted in ISU SEMASA

Hmm…. kesian cikgu². Asal saja buka tv, buka radio, tak habis² berita tentang isu cikgu pukul murid, cikgu dera murid, cikgu itu dan cikgu ini. Alahai ibubapa, kenapa jadi macam ni? Kenapa cikgu dituduh sebegini rupa? Lupa ke kita bagaimana kita berjaya sekarang.. siapa yang didik kita?

Cuba kita fikirkan secara rasionalnya, bagaimana seorang guru yang terlatih boleh memukul atau menghukum anak kita kalau tanpa sebab munasabah. Cuba periksa balik, siasat betul², apa yang anak kita dah buat. Cikgu hukum kerana anak tak buat kerja rumah, bukan ke itu wajar. Cikgu bukan hanya mengajar malah mendidik. Kita nak cikgu hanya masuk kelas dan mengajar semata-mata tanpa mendidik sahsiah atau disiplin? Macam tu ke yang kita harapkan?

Dulu orang hormat cikgu.. kenapa? Adakah dulu cikgu² tak pukul murid, tak hukum murid? Rasanya lebih dari itu. Tapi kenapa dihormati? Kerana dulu tak ramai doktor.. tak ramai jurutera dan tak ramai ahli korporat.. jadi cikgu dianggap hebat. Sekarang gaji cikgu sama saja dengan gaji yang mereka bayar kepada pembantu rumahnya, sebab tu cikgu tak dihormati. Insaflah, fikirkan kemuliaan dan keberkatan. Jangan hanya menuding jari dan menuduh tanpa usul periksa hanya kerana kita rasa kita orang hebat. Jangan la hanya mendengar apa yang anak cakap atau mengadu, siasat dulu apa puncanya. Fikir dulu kewajarannya. Pada saya cukup zalim jika guru dituduh mendera sedangkan niat guru tersebut adalah untuk mendidik. Kita manusia biasa, kasabaran itu ada hadnya. Janganlah sampai cikgu² kita berkecil hati dengan tindakan kita sebegini.

Persoalannya, pernah ke cikgu² kita berkecil hati dan mogok walaupun dituduh bermacam-macam dan MEMBUTA TULI?!! Tak de kan? Jadi beristighfarlah banyak²… :(

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Tags: , ,