| Subcribe via RSS

Promosi Kembali Ke Sekolah

December 26th, 2007 | No Comments | Posted in PRODUK

Jika anda mempunyai anak atau adik yang masih bersekolah, ini peluang baik untuk anda. Promosi ‘Kembali Ke Sekolah’ yang ditawarkan ini hanya dalam tempoh yang singkat saja iaitu bermula 25 Disember 2007 dan berakhir 10 Januari 2008. Jika anda ingin dapatkan lebih nilai, saya nasihatkan agar anda mendaftar dan dapatkan harga VIP yang cukup hebat dan jauh lebih murah.

 

 

Jadi, apa tunggu lagi? Lihat sendiri promosi yang ditawarkan ini di web AdikBijak sekarang. ;)

 

 

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

 

 

Tags: , , ,

PLR (Private Label Rights)

December 4th, 2007 | No Comments | Posted in PRODUK

Pernah atau tidak anda mendengar tentang PLR atau Private Label Rights? Bagi anda yang sudah lama berkecimpung dalam dunia ebiz sudah tentu istilah ini terlalu sinonim. Namun bagi anda yang masih baru atau mula berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan internet ini, mungkin istilah ini masih terlalu asing bagi anda. Apatah lagi jika anda hanya menjadi seorang pembeli tetapi tidak pernah mencuba menjadi seorang penjual.

PLR atau Private Label Rights adalah satu peluang kepada anda untuk berkecimpung di dalam dunia keusahawanan walaupun anda tiada sebarang hasil produk untuk dipasarkan. Adakah jika anda tidak tahu menghasilkan ebook, tiada kemahiran grafik dan lain-lain lagi menyebabkan anda tiada peluang untuk berniaga atau memulakan karier sebagai seorang usahawan, tidak kiralah sama ada secara sampingan atau sepenuh masa? Jawapannya boleh, anda masih boleh memulakan perniagaan sendiri dan menjual produk sendiri dengan mempunyai produk yang memberi hak atau lesen PLR.

Jika anda membeli dan memiliki sesuatu produk yang mempunyai lesen PLR, maka anda boleh jadikan produk tersebut hakmilik anda sepenuhnya, yang mana anda berhak untuk membuat apa sahaja ke atas produk tersebut. Termasuk untuk mengedit/menambah isi kandungannya atau meletakkan nama anda sebagai pemiliknya atau penulis/pencipta. Ini bermakna walaupun anda tidak menghasilkan produk tersebut sendiri, tapi anda telah mendapat hak sepenuhnya ke atas produk tersebut sekiranya mempunyai lesen PLR ini. Jika anda menjual produk tersebut, anda akan mendapat keuntungan 100% tanpa perlu berkongsi dengan sesiapa pun sepertimana jika anda menyertai program affiliate.

Jadi kenapa tidak anda mulakan langkah anda sekarang untuk menjana pendapatan sebagai usahawan internet. Jangan hanya anda berputih mata melihat kejayaan dan kekayaan orang lain hanya kerana anda tidak tahu atau tiada kemahiran untuk menghasilkan sesuatu produk. Sedangkan masih ada cara untuk anda memulakan perniagaan sendiri dengan menjual produk-produk yang saya maksudkan tadi.

Sekiranya anda masih mencari-cari produk untuk dijual yang mempunyai lesen Private Label Rights tersebut, apa kata jika anda mendapatkan pakej menarik PLR Madness Offer yang saya tawarkan untuk anda dengan harga yang amat istimewa ini. Semua produk mempunyai lesen PLR (Private Label Rights).

Untuk maklumat lanjut tentang pakej menarik ini, sila ke www.plr.upsalemarketing.com

 

 

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

 

Ebook Panduan Mudah FTP
Menerangkan satu persatu bagaimana cara untuk meng’upload’ fail ke internet. Satu-satunya dalam Bahasa Melayu.
Pek ‘Bundle’ CoolWeb v1.0
Koleksi perisian & ebook untuk menjadikan web lebih terkenal di mata pengunjung!

 

Tags: , ,

Panduan Lengkap Google Adsense

December 1st, 2007 | No Comments | Posted in KOMPUTER/INTERNET, PRODUK

Anda sudah tentu biasa melihat iklan Google di mana-mana saja. Malah mungkin anda juga meletakkannya di website atau blog sendiri. Tapi sejauh mana anda tahu kekuatan yang ada pada iklan Google tersebut untuk membolehkan anda mendapat wang darinya?

Iklan yang saya maksudkan ialah berkenaan dengan program pengiklanan yang disediakan oleh Google Adsense. Sudah ramai yang menjadi kaya-raya dengan meletakkan iklan Google Adsense, malah jutawan.

Saya tidak mahu menjelaskan panjang lebar tentang produk tersebut di blog ini kerana anda boleh membacanya di web jualan saudara Muhamad Azrul yang telah menghasilkan sebuah e-book panduan untuk menjana pendapatan lumayan melalui Google Adsense. E-book ini disediakan dalam bahasa melayu jadi sangat mudah untuk difahami. :)

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang e-book ini, anda boleh dapatinya di sini.

 

P.S : Oh, ya… Tawaran potongan 10% untuk anda dengan pembelian Pek ‘Bundle’ COOLWEB v1.0. Sila rujuk di post ini : http://wirasutra.com/blog/tawaran-pek-bundle-websave-diskaun-10.html

P.P.S : Dapatkan e-book percuma dari saya, sila rujuk di post ini : http://wirasutra.com/blog/get-ahead-in-your-career-this-holiday-season.html

 

 

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

 

 

Tags: , , ,

Tawaran Pek Bundle CoolWeb v1.0 (Diskaun 10%)

November 30th, 2007 | No Comments | Posted in PRODUK

Mungkin anda salah seorang yang baru nak berjinak-jinak dengan membina laman web. Atau mungkin anda sudah pun mempunyai laman web tapi laman web anda tidak menarik dipandang mata. Sudah tentu kita akan seronok bila mengunjungi mana² laman web yang menarik dan cantik serta kemas. Dan mungkin anda termasuk golongan yang tidak begitu tahu tentang menghasilkan laman web yang mempunyai grafik mengkagumkan. Atau mungkin anda termasuk seseorang yang mula berjinak-jinak memasarkan sesuatu produk atau jualan, tapi sukar untuk menarik pelanggan disebabkan laman web yang tidak menarik dan tiada cara untuk menarik perhatian pelawat/pengunjung.

Jika anda seorang yang mahir tentang membina laman web hebat atau anda seorang pereka grafik yang otai, tidak perlu anda membaca entri ini seterusnya kerana ianya tidak sesuai untuk pakar seperti anda.

Saya hanya mahu berkongsi satu peluang kepada sesiapa yang mahu menjadikan webnya menarik tetapi tidak tahu cara menghasilkannya sendiri, apatah lagi tiada modal untuk mengupah perekaweb yang sudah pasti akan mengenakan caj sekurangnya RM200.

Saya menawarkan satu pakej untuk anda dengan satu tawaran harga yang menarik dan murah. Malah saya sedang membuat tawaran untuk 10% potongan jika anda membeli kesemua pakej yang saya tawarkan secara borong. Pakej itu saya namakan sebagai PEK COOLWEB v1.0 yang mana ianya mengandungi semua produk yang saya tawarkan beserta bonus setiap satunya. Produk² yang terdapat di dalam pek tersebut ialah :

1. Pakej 30 MiniSite Pro (beserta bonus)

2. Pakej Impact Popup (beserta bonus)

3. Pakej Banner Buddy (beserta bonus)

4. Pakej Panduan Mudah FTP (beserta bonus).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran pengenalan yang terhad ini, sila kunjungi www.upsalemarketing.com sekarang. :)

 

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

 

Ebook Panduan Mudah FTP
Menerangkan satu persatu bagaimana cara untuk meng’upload’ fail ke internet. Satu-satunya dalam Bahasa Melayu.
Pek ‘Bundle’ Websave
Koleksi perisian & ebook untuk menjadikan web lebih terkenal di mata pengunjung!

 

E-Book PANDUAN MUDAH FTP

November 21st, 2007 | No Comments | Posted in PRODUK

Dunia internet sekarang bukan hanya sekadar mencari maklumat, tetapi ianya lebih daripada itu. Malah ramai yang telah menjadi jutawan dengan hanya menggunakan kemudahan internet yang serba canggih ini. Tidak perlu kita hanya memandang kejayaan yang diperolehi oleh orang luar, sedangkan ramai orang kita juga yang telah dan sedang meniti kejayaan melalui dunia internet ini.

Namun demikian, anda perlukan landasan untuk melangkah masuk ke dalam dunia internet yang serba luas dan mencabar ini. Jika anda mempunyai kepakaran tentang web, mungkin tidak menjadi masalah. Tapi bagaimana halnya jika anda tidak tahu cara² membina laman web dan tidak tahu tentang bahasa (kod) html atau php? Jangan risau, banyak kemudahan di internet yang boleh anda gunakan untuk membolehkan anda mempunyai web seperti membangunkan sebuah blog. Mudah, bukan? :)

Tapi bagaimana pula jika anda tiada tapak web (webhosting) dan domain name sendiri? Adakah anda boleh serlahkan sepenuhnya kredibiliti anda kepada pengguna internet yang lain? Sejauh mana keyakinan pengunjung bila hanya melihat web/blog kita hanya menggunakan nama domain ‘tumpangan’ sahaja (maksudnya menggunakannya secara percuma). Saya berbicara tentang peluang untuk memulakan perniagaan, walaupun saya sedar ada juga sebilangan orang yang tetap dapat menjana pendapatan walaupun tanpa menggunakan domain name sendiri.

Kemahiran yang paling utama perlu dimiliki dalam proses pembinaan laman web atau blog (yang menggunakan webhosting sendiri seperti wordpress.org) ialah bagaimana cara memindahnaik (upload) fail² ke server (hosting). Penggunaan FTP (File Transfer Protokol) adalah cara untuk memindahkan fail dari satu komputer ke satu komputer lain atau memindahkan fail² web dari satu komputer ke server (hosting).

Kini anda tidak perlu risau kerana rakan saya iaitu Saudara Mohd. Zulfadli telah menghasilkan satu e-book bertajuk PANDUAN MUDAH FTP dalam bahasa melayu dan penerangannya yang sangat mudah difahami, walaupun anda seorang newbie. Di dalam e-book tersebut diterangkan tentang :

1. Asas Ilmu Internet

2. Panduan membeli/memiliki hosting dan nama domain

3. Panduan penggunaan ftp untuk memindahnaik/upload fail ke hosting

Jadi, jangan bertangguh lagi. Dapatkan e-book PANDUAN MUDAH FTP tersebut di http://www.ftp.wirasutra.com. Malah, anda berpeluang menjadi seorang usahawan internet yang berjaya selepas memilikinya.

Sekiranya anda melakukan pembelian di web ini (http://www.ftp.wirasutra.com), kami akan memberikan BONUS PERCUMA kepada anda iaitu :

1. Sebuah ebook bertajuk “1000 Java Tips”

2. Perisian CoffeeCup Photo Gallery v5.0

3. Perisian CoffeeCup Flash Blogger v4.5

4. Perisian ‘Box Shot’ (perisian membuat ‘ebook cover’)

Semoga berjaya… :)

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Panduan Adsense
Panduan menjana pendapatan dengan Google Adsense di dalam bahasa melayu, jelas dan padat.
Panduan Menulis E-Book
Ramai telah berjaya menambah pendapatan hanya dengan menghasilkan e-book, dapatkan panduan ini sekarang!

Tags: , , , ,