Broadband 3Gx Celcom

April 20, 2008 – 11:29 am

Agak lama tidak menulis di blog ni. Sibuk tiada terkata… urusan kerja, bisnes dan menyiapkan portal yang akhirnya selesai.

Oh ya, mungkin sekadar perkongsian atau meluahkan rasa geram. Kurang sebulan saya membeli USB MODEM DATA CARD M100 berharga RM1099 dan melanggan 3Gx Celcom unlimited RM98 sebulan, tapi hati dan perasaan masih belum reda menahan kemarahan dengan perkhidmatan pihak Celcom. Saya tidak pasti sama ada masalah ini terjadi juga kepada anda yang menggunakan perkhidmatan yang sama.

3Gx menjanjikan perkhidmatan broadband dengan kelajuan 3.5M, namun apa yang saya nikmati hanya seumpama menggunakan pakej dial-up saja, walaupun saya berada di sekitar Gombak, Kuala Lumpur. Saya tak pasti sama ada masalah ni hanya saya seorang saya yang alaminya atau berlaku juga pada anda yang menggunakan perkhidmatan yang sama.

Berbelas kali saya hubungi pihak Celcom, namun tiada jalan penyelesaiannya.

Hrmm.. kalau ada sesiapa nak berkongsi dan bantu, saya sangat mengalukannya… 

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Popularity: 49% [?]

Tags: , , , ,

  1. 5 Responses to “Broadband 3Gx Celcom”

  2. tak cuba dulu ke? my friend got the same problem with Maxis di Subang

    By azwan on May 20, 2008

  3. Tak cuba sbb x de member pakai ni lagi. Tapi silapnya x study dulu dalam internet melalui mana-mana forum berkaitan

    By Wirasutra on May 21, 2008

  4. salam, sy pkai celcom d68 xde mslh pn, lbih2 lg sy ni duk kt tmpt jin bertendang di kelantan. x de mslh pn, laju pn laju, tp x de la laju sgt mklum la sy ni pkai 386kbps je. cbe awk tgk kalu awk duk kwsn yg cme bleh pkai GPRS, msthil awk bleh gna 3G dan mmg x msthil jikalau connection sme cam dial-up. kalu awk pkai d98 msti laju tp kalu dh sy xde mslh, awk apeth lg. sy bleh postkn sy pnye speedtest.net sy jika awk nk kepastian. k. slamt berknln.

    By zcthd on Jul 29, 2008

  5. Saya berada di gombak, KL dan mustahil rangkaiannya rendah kerana ibu pejabat celcom di KL.

    Anyway, saya dah buat report pada kementerian terbabit tentang masalah ni.

    Salam perkenalan. :)

    By Wirasutra on Jul 31, 2008

  1. 1 Trackback(s)

  2. May 16, 2008: Cikgu Farizal Dot Com »  Selamat Hari Guru, Semua!

Post a Comment