Bloggerkah Aku?

June 8, 2008 – 8:50 pm

Terbukti bukan senang untuk kekal aktif menulis di blog, melainkan disebabkan salah satu dari dua perkara berikut, sama ada….

1. Betul² berminat, berilmu, berkomitmen dan bertujuan, atau..

2. Tiada kerja lain nak dibuat (biasanya entri yang dihasilkan hanya merapu tanpa mesej)

Agak sukar jika anda seorang bekerjaya kerana kurangnya masa terluang, apatah lagi jika anda tiada matlamat yang khusus kenapa berblog. Tambah pula jika anda bukanlah sebenarnya seorang pakar dalam sesuatu bidang. Maksudnya anda akan dikunjungi idea jika anda mahir tentang selok-belok bisnes, tahu tentang tips komputer, mahir dalam arena penulisan seperti anda seorang pengarang buku, penulis cerpen, penulis sajak atau seumpamanya, dan mungkin jika anda berilmu tinggi tentang persoalan agama. Tapi anda akan hilang arah jika hanya datangnya minat berblog selepas melihat kehebatan blog orang lain yang tip top dan akhirnya blog anda ‘terbengkalai’ di akhirnya. Atau berlaku keadaan di mana anda akan hanya menciplak hasil idea orang lain untuk diletakkan ke dalam entri blog anda semata-mata mahu ‘menghidupkan’ blog tanpa memberikan sebarang kredit atau penghargaan kepada individu tersebut.

Apa yang perlu ada dalam blog? Jawapannya macam-macam. Pilih saja minat anda, kemahiran ilmu anda dan keprihatinan anda. Jika anda bukan seorang ahli politik, tidak bermakna anda tidak boleh berblog bicara tentang politik. Yang penting sejauhmana anda mengikuti perkembangan dunia politik itu. Jika anda seorang pro-sukan, maka anda boleh berbicara tentang perkembangan sukan tersebut di blog anda.

Dan saya? Bukanlah seorang blogger sepenuh masa kerana secara ikhlas kesuntukan masa terlalu menghimpit. Dan blog saya tiada tema khusus tentang apa-apa pun. Cukuplah sekadar perkongsian idea yang tidak seberapa. Untuk anda, teruskan berblog…. jangan berkubur tanpa sempat berjuang! :D

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


Popularity: 21% [?]

Tags: ,

Post a Comment