| Subcribe via RSS

Bertangguh Lagi, Bila La Nak Siap?

October 28th, 2007 Posted in SEMBANG

Lama jugak tidak menjenguk blog ni, rupanya release versi terbaru 2.3.1. Baru je rasanya update ke versi 2.3 baru² ni. Saya updatekan jugak, walaupun bukan ada apa² beza sangat pun.. hanya sekadar ianya lebih stable berbanding sebelum ni.

Suasana raya dah semakin kurang tapi open house masih ada di sana sini. Saya pun dapat banyak jemputan sejak semalam. Malah di surau pun ada ‘rumah terbuka’. Tidak kurang juga yang melangsungkan perkahwinan, tentu lebih meriah kerana 2+1 (majlis kahwin + raya) :) Khas kepada kawan² yang melangsungkan perkahwinan, selamat pengantin baru.. khas kepada Siti Hajar (member sekursus), semoga bahagia.. :D

Bisnes baru belum mula lagi, malas lagi nak bina laman web. Barang nak jual dah ada. Nanti la bila semua kerja lain dah settle baru mulakan bisnes tu. 8) Kerja bertangguh ni bukannya elok sangat, terutama bab bisnes. Tapi apa nak buat, masa tak cukup. Banyak lagi kerja lain belum settle lepas cuti raya hari tu… tu pun sebab bertangguh la punya pasal.. :twisted:

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

2 Responses to “Bertangguh Lagi, Bila La Nak Siap?”

  1. adila Says:

    betul tu, kerja bertangguh bukan tak menjadi…tapi lambat sikit kan…kata orang tua…lambat tak per asal selamat…kata orang muda-cepat tapi selamat .
    tak berkesempatan nak berkunjung open house. ramai yang buat malam. tak berani nak kuar sebab ada baby

    dah add dalam blogroll…


  2. wan Says:

    TQ Adila.. saya add juga link awak.


Leave a Reply