Bakar Jalur Gemilang | Rendahnya Mentaliti
Friday, August 27th, 2010 | Author: Wan

Pejam celik pejam celik rupanya sudah lebih separuh Ramadhan umat Islam melaluinya. Alhamdulillah, moga-moga bakinya dapat dinikmati dengan penuh penghayatan, terutamanya menempuh 10 malam terakhir Ramadhan nanti.
Dalam keghairahan umat Islam seluruh dunia menghayati nikmat bulan yang berkat ini, rupanya ada pula segelintir manusia di Indonesia yang tidak pernah habis dengan isu tidak puas hati dan memusuhi Malaysia. Sampai bila agaknya nak selesai ni? Apa lagi yang tak puas hati?
Bila membaca akhbar dan menonton berita di tv beberapa hari ni, hati yang tenang sempena Ramadhan ni jelas terguris dan mengundang kemarahan dengan sikap ‘kurang diajar’ segelintir makhluk manusia di Indonesia, yang bukan sahaja menyerbu dan mengancam Kedutaan Malaysia di sana, malah membakar bendera atau Jalur Gemilang secara terang-terangan. Adakah ini satu ruang menguji tahap kesetiaan rakyat Malaysia dan kecintaannya kepada negara? Apatah lagi bila saat dan detik menjelangnya 31 Ogos kian hampir, saat seluruh rakyat Malaysia bakal melaungkan kalimah keramat ‘Merdeka’? Akhir-akhir ini kerajaan Malaysia agak risau kerana semangat rakyat Malaysia seakan luntur untuk menghayati dan menyambut kemerdekaan tahun ini, tapi apakah mungkin ‘kelakuan jelek’ sebilangan kecil rakyat Indonesia itu mampu mencuit dan membakar semula semangat kecintaan dan keluhuran rakyat Malaysia kepada negaranya.
Sepatutnya bulan Ramadhan ni disucikan dengan sifat ketenangan, kesabaran dan bertoleransi. Itu antara hikmahnya Ramadhan. Bukannya satu tindakan bijak dengan melontarkan najis, membakar bendera atau mengugut mencukur kepala rakyat Malaysia di sana kemudian menghantar balik ke Malaysia. Bukankah ramai juga rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia, sama ada secara sah atau secara haram? Apakah rakyat Malaysia akan hilang kehidupan atau mundur jika tiadanya rakyat Indonesia bekerja di Malaysia?
Jadilah bangsa yang bermaruah dan beretika.. jangan pamerkan mentaliti yang rendah yang bakal mencemarkan nama negara dan keluarga sendiri. Layanan emosi tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.
Gambar di atas kredit buat Wazari





Bangsa tak sedar diri…hina sekali..Malaysia pon bodoh…tak ada tindakan nak mempertahankan maruah negara…mcmana rakyat nak jd patriotik sedagkn pemerintah sendiri tak patriotik…
pemerintah kedua-dua negara rsnya seperti ‘tarik rambut dlm tepung’. tp yg bagusnya rakyat Malaysia cool je.. mcm x de apa2 berlaku, letih kot berpuasa… hehe..
harapnya pihak M’sia tak terikut-ikut dengan rentak mainan negara jiran tu
etomyam recently posted: Blogger Goes Nuts
satu yg paling menarik, walaupun dpt penghinaan mcm tu sekali drp rakyat indon.. klu dgr kat radio asyik2 lagu indon je yg berkumandang.. hrmm.. tu namanya rakyat kita cintakan negara… hehe…
Indo bangsa yang bongkak dan tak sedar diuntung.