Home

Bagaimana Tingkatkan Keyakinan Diri?

Monday, June 14th, 2010 | Author:

Pernah atau tidak anda rasa melakukan kerja yang hampir sama setiap hari? Atau sifat kemalasan semakin hari semakin menjadi-jadi? Adakalanya kita rasakan diri kita tidak berguna dan gagal. Banyak perkara yang kita lakukan tidak mendatangkan hasil yang baik. Akhirnya kita mula berputus asa dan tidak bersemangat. Kita akan menjadi orang yang tiada keyakinan diri yang mungkin boleh menjurus kepada kemurungan dan prestasi kerja semakin merosot. Saya ada beberapa tips untuk dikongsi dengan anda bagaimana cara tingkatkan keyakinan diri supaya kehidupan kita tidak terus gagal.

Langkah 1 : Tetapkan matlamat

Saya percaya bahawa keghairahan (passion) mampu menjadikan diri kita seorang yang bermotivasi. Untuk menjadikan diri bermotivasi, anda mesti menanam sikap ‘insya-Allah, boleh lakukan’. Jika anda hilang semangat di tempat kerja, anda perlu fikirkan sesuatu yang anda boleh lakukan yang membuatkan anda bersemangat… sama ada tugasan atau matlamat, sesuatu yang memberi keuntungan dan faedah kepada anda dan menambahkan keceriaan kepada diri anda. Jika kehidupan di rumah memerlukan perhatian anda, anda perlu lakukan beberapa perubahan, uruskan hal ehwal rumahtangga  dan mulakan apa-apa hobi baru dengan pasangan anda. ‘Passion’ boleh jadi api membara dalam diri anda, namun adakalanya ia akan padam dan anda perlu menyalakannya kembali ke arah mencapat matlamat yang ingin dicapai.

Fokuskan kepada satu tujuan sahaja pada satu-satu masa. Bekerjalah sebagai satu pasukan (teamwork) dan raikan kejayaan bersama rakan-rakan jika mencapai satu-satu kejayaan. Ingat, bila anda bekerja berpasukan bersama segalanya mungkin boleh dicapai. Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan kita, kadangkala menyebabkan kita mahu lakukan segala-galanya dalam satu-satu masa sehingga menyebabkan hilang fokus atau matlamat.

Langkah 2 : Percaya kepada diri sendiri

Percaya kepada diri sendiri akan menjadikan kehidupan peribadi anda lebih bahagia dan berjaya. Bila kita tidak yakin kepada diri sendiri, kita akan berhenti berusaha dan hal remeh temeh akan menjadi terlalu besar dan menyusahkan. Jika kita tidak bahagia dan tidak seronok, kita juga mendorong orang lain merasai perkara yang sama.

Bagaimana kita fikirkan tentang diri kita adalah satu dorongan memungkinkan kita bergerak maju ke hadapan dalam kehidupan. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika sistem kepercayaan diri (self-belief system) tiada, kehidupan akan jadi sama setiap hari dan akhirnya membosankan. Kita impikan kehiduapan yang sempurna, tapi kita tidak cukup yakin untuk menjadikan impian itu tercapai, kita tidak mampu bergerak maju ke hadapan. Jika sistem kepercayaan diri kita berfungsi dan yakin pada diri sendiri seterusnya bertindak, impian kita boleh dicapai.. insya Allah.

Langkah 3 : Fokus dan beri tumpuan

Jika anda kurang bersemangat dan kurang berinspirasi, apa yang anda akan lakukan? Mudah saja…

- Beritahu orang lain tentang matlamat dan tujuan anda. Mungkin anda akan perolehi beberapa idea yang lebih hebat dari mereka, atau ianya mungkin mencambahkan banyak lagi idea dari diri anda sendiri.
- Catatkan matlamat di sesuatu tempat yang membolehkan anda melihat dan membacanya setiap hari dan setiap masa. Ianya mampu mengingatkan diri anda kepada matlamat yang mahu dicapai.
- Selidik bagaimana orang lain mampu capai matlamat seperti yang anda mahu dan lihat sama ada anda boleh dapatkan idea tambahan dari usahanya.
- Pastikan anda sentiasa fokus dan beri tumpuan sepenuhnya untuk mencapai matlamat tersebut.

Terapkan dalam diri anda kemahiran berfikiran secara positif (positive thinking skills), jika pemikiran negatif sering datang dalam pemikiran anda.. singkirkan segera dan kembali kepada mod positif anda. Fikirkan bagaimana akan anda rasakan bila matlamat anda tercapai. Bayangkan hasil yang positif.

Langkah 4 : Bertindak

Lakukan kerja secara konsisten setiap hari. Jangan hanya berpuas hati dengan apa yang ada, bertindaklah dan lakukan yang terbaik. Insya Allah anda pasti akan menjadi orang yang berjaya dan hebat satu hari nanti.

Ingat, kesabaran itu adalah sebahagian dari iman. Wallahuallam. ;)

Trackback: Trackback-URL | Comments Feed: RSS 2.0
Category: Renungan & Motivasi

You can leave a response.

4 Responses

  1. 1
    Hakam 

    Satu artikal yg bagus utk dikongsi…… saya juga telah gunakan artikal ni sebagai bahan perkongsian ilmu di pejabat saya dan ia sgt bermakna.

  2. 2
    Wirasutra 

    semoga segala usaha kita lakukan beroleh kejayaan.. :)

  3. yg terakhir sya suka itu.. perlu ada TINDAKAN! act act act..
    Muhd Suhaily recently posted: Grab Audience Attention

  4. 4
    Wan 

    segala sesuatu klu tiada tindakan semestinya jauh utk capai kejayaan.. kegagalan pasti..

Leave a Reply

CommentLuv badge
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes