| Subcribe via RSS

Al-Fatihah Buat Nurin Jazlin

September 23rd, 2007 Posted in ISU SEMASA

Tak sangka, dalam dunia yang begitu canggih dengan pelbagai ilmu pengetahuan mudah dipelajari, masih ada manusia yang sikapnya jauh lebih hina dan busuk daripada binatang. Entah di mana agaknya silap pembunuh Nurin ini boleh dilahirkan sebagai manusia sedangkan tempatnya sudah tentu tidak layak langsung untuk berada di kalangan binatang sekalipun.

Kita dikejutkan dengan isu babi dan pencemaran pembuangan bahan busuk saban hari di tv. Tapi bagi saya, pembunuh Nurin adalah lebih busuk dan hina dari seekor babi dan najis buangan tersebut, malah sebenarnya tidak layak untuk hidup di bumi Allah ini.

Jika pembunuhnya tertangkap (insya Allah), sudah tentu hampir seluruh warga Malaysia  akan berasa aman dan tentunya orang yang paling tenteram adalah kedua ibubapanya. Sama²lah kita berdoa supaya pihak polis berjaya membawa syaitan hina ini ke muka pengadilan dan mendapat balasan setimpal dari perbuatannya yang kejam itu..

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!

Leave a Reply