About Me

Nama saya Wan Ahmad ‘Azarimy a.k.a Wirasutra, anak kelahiran jati Cik Siti Wan Kembang atau lebih glemer disebut Kelantan Darul Naim yang letaknya di dalam peta sebelah timur tanah semenanjung Malaysia. Saya berbangga menjadi anak kelahiran Kelantan, namun sekarang menetap di Gombak kerana akur dengan pekerjaan sebagai punca utama rezeki.
Blog ini hanya catatan peribadi saya dan bukannya pencetus kontroversi atau provokasi. Jika anda rasakan ada unsur-unsur sedemikian, buatlah teguran secara matang dan sopan. Ramai yang bertanya saya, kenapa gunakan nama WIRASUTRA? Nama tu bukan nama sebenar saya. Ianya sekadar mewarisi nama samaran arwah ayahanda saya seorang perajurit yang setia dan pernah aktif sebagai karyawan/penulis sastera suatu ketika dulu. Nama samaran ini digunapakai untuk setiap hasil karya beliau berbentuk cerpen, sajak dan sebagainya.
Pun begitu, suatu ketika.. saya pernah berkecimpung dalam bidang penulisan, mungkin mengikut jejak arwah ayahanda, tapi disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Rupanya minat saya lebih & sangat mendalam dalam arena fotografi (jurugambar), sebab itu tercetus ilham melahirkan usahasama ‘Ilham Persona Photography’ bersama seorang rakan yang terdorong dengan hobi ‘mahal’ yang sama. Anda boleh lihat laman web khas di Ilhampersona.com.
Walau apapun, semangat dan keinginan untuk menulis tetap saya teruskan melalui catatan di blog ini. Semoga perkongsian ilmu memberikan keberkatan dan mengasah akal dan minda agar sentiasa bermuhasabah dan berfikir.
Sila gunakan Mozilla Firefox (atau yang sejenis dengannya) untuk paparan yang lebih sempurna dan tiada gangguan penglihatan. Blog ini tidak menyokong Internet Explorer versi 6 ke bawah, biasalah.. IE banyak kelemahannya…
![]()
Terima kasih kerana anda sudi bersinggahsana di blog ringkas ini. Selamat berblog bersama saya…





