| Subcribe via RSS

Panduan Memilih Web Hosting Berbayar

February 2nd, 2008 Posted in BLOG/WEB, KOMPUTER/INTERNET, PANDUAN

Salah satu cara untuk meyakinkan pengunjung tentang web/blog adalah dengan cara menggunakan web hosting berbayar. Apa lagi sekiranya web/blog tersebut menjurus kepada perniagaan atau peluang menjana pendapatan. Jika perniagaan anda tertumpu di dalam negara, pilih syarikat hosting yang juga beroperasi di dalam negara.

Sebabnya:

1) Muat turun web yang lebih laju
2) Memudahkan anda untuk mendapatkan sokongan teknikal (Support)

Kelajuan
Jika laman web anda disimpan di dalam negara, pengunjung dapat memuat turun data ke dalam komputer dengan cepat. Bagaimanapun, terdapat juga syarikat-syarikat hosting yang menjual semula (resell) daripada syarikat hosting yang lain - syarikat ini boleh beroperasi di dalam negara tetapi meletakkan pelayannya di luar negara. Anda mungkin fikir perkhidmatan yang anda terima adalah daripada syarikat tempatan, hakikatnya anda terima dari tempat yang lain.

Untuk mengetahui samada sesebuah syarikat hosting itu menggunakan pelayan tempatan atau tidak, dapatkan alamat IP syarikat tersebut menggunakan program Ping. Kemudian masukkan alamat IP yang anda terima tadi ke dalam program seperti NeoTrace untuk mengesan kedudukan sebenar pelayan syarikat itu.

Sokongan Teknikal
Teknologi tidak dapat lari dari masalah. Begitu juga dengan Web Hosting. Jika laman web anda gagal diakses sepertimana biasa, ia perlu dibaiki segera. Dalam keadaan ini, anda perlukan sokongan teknikal yang cepat terutama sekali melalui panggilan telefon. Bayangkan jika syarikat web hosting anda berada di luar negara, sudah tentu akan memakan kos yang tinggi setiap kali untuk menghubungi mereka.

Hati-hati dengan “Scam”
Pernah dengar istilah “unlimited storage” dan “unlimited bandwidth”? Atau mungkin anda pernah jumpa syarikat hosting yang menawarkan perkhidmatan sewa RM5 setahun. Hati-hati dengan tawaran-tawaran seperti ini. Kemungkinan besar ia adalah satu perangkap. Fikirkan, dengan pendapatan tahunan sebanyak itu, mustahil mereka mampu untuk jalankan perniagaan ini.

Secara teknikalnya “unlimited storage” adalah tidak munasabah. Tiada sistem komputer yang mampu menyimpan maklumat tanpa had. Semuanya ada had. Bayangkan jika anda menulis program ringkas sebesar 10kilobytes dan program ini akan disimpan ke dalam hosting setiap saat, dalam masa 24 jam, saiz storan sudah mencecah 843.75 gigabytes. Kalau seminggu? Sebulan? Cuba anda hitung sendiri. Tiada hosting yang mampu untuk buat begitu.

Tiada satu pun pembekal hosting yang mampu menawarkan “unlimited” data transfer. Ini kerana setiap data transfer akan melibatkan kos. Selain anda, mereka juga terpaksa membayar setiap data transfer yang digunakan kepada syarikat kabel antarabangsa. Jadi dimana logiknya mereka boleh berikan data transfer kepada anda secara percuma.

Pilih Ikut Keperluan
Pilih syarikat web hosting mengikut keperluan anda. Luangkan sedikit masa untuk menyenaraikan keperluan-keperluan penting supaya anda sentiasa hemat berbelanja. Berikut adalah senarai pendek yang diperlukan sebelum menyewa syarikat hosting.

1) Bagaimana bayaran boleh dibuat? (bulanan/tahunan)
2) Berapa ruang storan yang diperlukan?
3) Berapa data transfer yang diperlukan dalam sebulan?
4) Anda perlukan akaun emel? Berapa banyak?
5) Anda perlukan database? (MySQL/MSSQL/PostgreSQL)
6) Anda perlukan Server Side scripting? (ASP/PHP/CFM/Perl/CGI)
7) Jenis panel kawalan (control panel) yang ingin digunakan? (Cpanel/Helm/DirectAdmin/Plesk)

Sebaiknya anda cuba menghubungi pihak hosting dan berikan senarai keperluan anda supaya mereka dapat mencadangkan pakej hosting yang sesuai untuk anda.

Like What You Read? Subscribe Now For Updates!


7 Responses to “Panduan Memilih Web Hosting Berbayar”

  1. yus Says:

    laman web internet web hosting bagus jugak

    http://www.internet-webhosting.com/index.php


  2. Wirasutra Says:

    Haha, promote eh? saya pun guna service diorg :) memang ok


  3. asmid Says:

    Asalamualaikum, saudara wirasutra.

    Baru-baru nie saya ada membuat pembelian “Download Form Creator” tetapi belum dapat apa2 maklumbalas.

    Boleh saya tahu apa masalahnya?

    Pembayaran telah dilakukan pada 1 Feb 2008 masa 13:28:47 sebanyak RM 20.00 menggunakan online tranfer melalui mayabank2u.

    Diharap saudara wirasutra dapat memberikan penjelasan lanjut tentang hal ini, ke email saya.

    Terima kasih


  4. Wirasutra Says:

    Saya mohon maaf. Sila semak emel anda. Sekali lagi saya mohon maaf atas kesulitan anda.


  5. syamsulariff.com Says:

    aku guna serverfreak..so far tak menghampakan..off topic..tu sponsored ads tu buat sendiri je ke? sebab tak mcm adsesen la :D


  6. Wirasutra Says:

    guna software untuk buat tu, mudah.. :D


  7. Fiffy Says:

    Salam,

    Saya mempunyai laman web sendiri dan saya membeli hosting tersebut dari syarikat Shinjiru Technology. Kredit saya beri kepada staf Shinjiru kerana setiap masalah yang saya hadapi berkaitan dengan hosting, mereka akan selesaikannya dengan segera. Lagipun terdapat staff melayu di situ yang dapat membantu pelanggan melayu. Anda tidak akan menyesal sekiranya melanggan hosting dari mereka.Harga yang disediakan juga amat berpatutan dan rendah jika hendak dibandingkan dengan syarikat hosting yang lain.


Leave a Reply